Tuesday, December 1, 2009



Debu khayalan hanya membikin kau lupa,
Pada yang nyata bagimu kepalsuan,
Dalam kegelapan di mana arah tujuan
Mencari ketenangan.

Jalan bahaya iblis menghasut,
Kau hilang ingatan,
Kerna nasfu jalan ke lembah hina,

Kau terlena dibuai mimpi,
Kau adalah raja dimata,
Sultan dihati,
Berbangga diri.

Insan sedarlah insaf lah dikau,
Kau tenggelam dibawa arus,
Kesesatan dan hina,
Dosa usah kau hampiri.

Debu hayalan yang hanya bisa mengecewakan,
Kerna nafsu musnah segalanya,
Usah sembunyi,
Arah kau cari akan temui.

1 comment:

  1. pandai berpuisi yer.. teruskan bakat anda.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete