Assalamualaikum..entry kali ini ingin saya kongsikan tentang agenda kehidupan kita, apa yg kita perlukan dan apa yg patut kita tempuhi. Lumrah bagi seorang manusia mempunyai keinginan dan keinginan itu tidak semestinya dapat dicapai dan kekadang dugaan mendatang menggantikan keinginan kita.
Manusia tidak lari dari ujian dan setiap manusia yang bernyawa itu pasti diuji oleh Allah s.w.t samada kita suka atau tidak. Dalam kehidupan, kita tidak lari dr memerlukan cinta. Apa itu cinta? pd siapa yg harus kita cintai? sering kali kita dan sy sendiri salah tafsir mengenai cinta ini. Cinta kita mestilah pertamanya kepada pencipta iaitu Allah s.w.t dan diikuti dengan cinta kepada kekasih-NYA iaitu rasulullah dan barulah turun kepada cinta kepada kedua ibu bapa kita dan yg keempat itu barulah kita boleh mencintai sesiapa sahaja asalkan Allah redha dengannya..Tetapi kita sering tersilap kerana terus mengambil yg nombor 4 itu dan kekadang pengorbanan kita lebih pd nombor 4 itu berbanding pengorbanan kita pada islam. Tidak salah untuk mencintai yg lain tetapi perlulah ikut prosedur dan perlu ada batasannya kerana bagi saya cinta suami isteri itu dalah direhai Allah dan lumrah manusia Allah jadikan manusia berpasang-pasangan dan dengan cinta itu dapat melahirkan zuriat yg baik, mengharmonikan kehidupan manusia dan juga menjadi pendorong dalam melalui kehidupan yg penuh dugaan ini.
Itulah sebabnya sy memilih tajuk 'cinta,cita-cita dan perjuangan ++ dugaan' pada entry kali ini kerana semua itu adalah berkait dan jika kita lalui semua ini dengan betul, insyaAllah kehidupan kita akan cantik. Dalam hidup kita perlu ada cita-cita bagi menggariskan arah tuju kita, cita-cita luas skopnya dan bukanlah tertakluk pada kerjaya sahaja, cita-cita merangkumi seluruh kehidupan kita apa yang kita ingin capai. Apabila ada cita, kita perlu ada perjuangan atau pengorbanan kerna setiap apa yg kita inginkan perlu ada usaha dan ia tidak akan datang bergolek pada kita. Tetapi perjuangan yg paling utama bg kita umat islam adalah perjuangan terhadap islam itu sendiri. Dalam diri kita perlu ada semangat berjuang demi islam dan perlu ada keyakinan, ketabahan dan kesabaran yg tinggi kerana berjuang ini bukan mudah dan sentiasa akan didatangi oleh dugaan. Sy akui diri saya sendiri setakat ini tidak mampu lagi untuk menempuh dugaan dengan tabah,kekadang rasa putus asa, buruk sangka dan sebagainya..masyaAllah..tetapi kita perlu cuba dan terus cuba dan tidak boleh duduk diam tanpa membuat sesuatu. Kalau kita tidak mampu hadapi sekalipun, cubalah mengadu pd-NYA (berdoa) setiap apa yg kita rasa, insyaAllah kita akan rasa perubahan dlm diri kita kerana Allah maha segalanya dan DIA lebih menyayangi dan mencintai hambanya tanpa kita ketahui.
Cukuplah setakat disini sahaja entry kali ini, semoga apa yg ditulis dapat dikongsi bersama dan sebagai semangat untuk diri saya sendiri dalam mencari cinta yg diredhai, mengejar cita dan dalam perjuangan islam. InsyaAllah setiap niat dan tujuan yg baik pastinya akan dibantu oleh-NYA. Wassalam..
No comments:
Post a Comment