Pulanglah pada tuhan..
Cahaya kehidupan..
Syarat bahagia didunia..
Akhirat kekal selamanya kpd Allah..
Sudah menjadi lumrah kehidupan didunia..
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia..
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri..
Sudah sunnah ketetapan ilahi..
Deras arus dunia menghanyutkan yg terleka..
Minda fatamorgana melalaikan menipu daya..
Dikejar dan dicintai bak bayangan tak bertepi..
Tiada sudahnya dunia yg dicari..
Begitu indah dunia..
siapa pun kan tergoda..
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa..
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai..
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi..
Pulanglah pd tuhan..
Cahaya kehidupan..
keimanan dan ketakwaan kepadanya..
Senjata utama..
Sabar menempuh jalan..
Tetapkan iman dihati..
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti..
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba..
Hidup akhirat kita kekal bahagia..
*Lirik ini kalau dihayati amatlah menyentuh hati dan jiwa kerana inilah lumrah kehidupan manusia sentiasa mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Memang tidak dinafikan bahawa harta dunia juga penting untuk meneruskan hidup tetapi janganlah kita leka dalam mengejar kemewahan kerana dunia ini ibarat satu pelayaran yang mana apabila sampai masanya kita akan berlabuh untuk membina 1 lagi kehidupan yg kekal abadi. Bukan mudah untuk menempuh kehidupan ini dgn pelbagai dugaan tanpa iman yang kukuh, ia perlukan iman dan takwa kepada Allah, harta,wanita,pangkat sumua itu adalah dugaan Allah bg hambanya untuk menilai sejauh mana ketakwaan dan keimanan hambanya itu..Penulis bukanlah org seperti yg disebutkan ini, saya juga insan yg lemah yg sentiasa didatangi dugaan, pelbagai rintangan kekadang membuatkan saya putus harapan tetapi apabila ingatkan janji Allah, sedikit semangat dpt diperolehi utk menguatkan jiwa dalam menempuh kehidupan ini. oleh tu sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain agar hidup kita lebih diberkati Allah..wassalam..
No comments:
Post a Comment