Saturday, February 20, 2010

Fatwa dan perspektif islam tentang rokok

Assalamualaikum, entry kali ini mengupas tentang fatwa dan perspektif islam terhadap rokok. Rokok merupakan 1 benda yang boleh memudaratkan kesihatan kita samada bg penghisap mahupun orang disekeliling. Daripada kajian, bahan-bahan dalam rokok mengandungi bahan berbahaya seperti tar, nikotin, bhn pencuci lantai dan lain-lain. Selain itu, ianya adalah 1 amalan pembaziran yang ketara kerana bagi perokok mereka membelanjakan sekitar RM10 sehari bagi menampung keperluan rokok mereka. Hal ini masih tidak diambil serius oleh masyarakat walau berbagai fatwa telah dikeluarkan tentang rokok ini. Disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang fatwa rokok yang dikeluarkan oleh negeri-negeri di Malaysia ini.



Bagi negeri kedah merokok adalah haram Kerana merokok akan memberi kemudharatan dan pembaziran.Pada pandangan syara' ia termasuk dalam dosa-dosa kecil dan ianya haram عارضى"(kesannya)dan bukan haram "zati"(zatnya). 'Illah pengharaman berdasarkan kepada qaedah fiqhiyyah iaitu:
"الضرار يزال" .لاضررولاضرار dan درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Fatwa Pulau pinang juga mengatakan:
i. merokok adalah haram
ii. bagi maksud fatwa ini "rokok" ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut:

- melahirkan sikap serta tabiat yang buruk
- mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan
- pembaziran yang amat ditegah oleh agama

iii. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.
Tarikh pewartaan dibuat pada 18 november 2004

Bagi negeri Melaka mensyuarat bersetuju untuk menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa merokok adalah haram dan Kempen kesedaran anti merokok perlu diadakan dengan lebih serius kepada masyarakat sebelum pewartaan dibuat. Sarawak juga mengatakan "Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan".

Bagi negeri Perlis, mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.

Bagi negeri Selangor pula fatwa mengatakan merokok adalah haram. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok. Bagi maksud fatwa ini , “ rokok ” ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya. Tarikh pewartaan dibuat pada 7 disember 1995.

Ini pula kenyataan terbaru yang dibuat dimana Pahang juga mengeluarkan fatwa merokok adalah haram. Disini kita dapat lihat, negeri-negeri bersepakat mengatakan merokok adalah haram tapi dimana kesan dan kesedarannya pada masyarakat islam, mengapa masih ramai lg umat islam menghisap rokok? Kenapa tidak diharamkan sahaja menjual rokok? Kerajaan perlu ambil serius hal ini kerana tidak ada gunanya fatwa yang dibuat kalau masyarakat masih tiada kesedaran. Justeru, masyarakat juga perlu ambil serius dan peka terhadap fatwa ini dan kalau boleh biarlah disebarkan secara meluas kerana ramai lagi umat islam melayu yang tidak tahu tentang fatwa ini kerana sikap orang kita, bahagian bab agama kurang diambil peduli tetapi kalau hiburan semua tahu. Inilah peranan kerajaan perlu suapkan depan mata orang kita tentang bab hukum hakam agama ini kerana hendak harapkan masyarakat kita mencarinya tentu sekali susah. Oleh itu, sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain,wallahualam.

sumber dipetik dari majlis mufti negeri perak.

No comments:

Post a Comment