Saturday, February 6, 2010

Menutup aurat atau 'tutup aurat'??renungkan...

Era 1980'an n seterusnya menunjukkan satu transformasi umat manusia khususnya di Malaysia dalam pemakaian harian contohnya tudung. Kita dapat lihat bahawa peningkatan kaum wanita bertudung dan pemakaian 'menutup aurat' semakin bertambah hinggalah ke hari ini sehinggakan sudah menjadi 1 trend bg 'pemakaian tudung' dan 'tutup aurat'.

Tetapi kalau kita lihat dengan teliti dengan mengambil spesifikasi sebenar menutup aurat, adakah 'tutup aurat' kini menepati syariat islam? ini yang patut dititik beratkan oleh umat islam kini kerana zaman ini majoritinya hanya 'menutup tubuh' bukan menutup aurat. Kalau anda semua ingin tahu ini juga adalah propaganda yahudi yang kononnya membuat umat islam 'menutup aurat' tetapi hakikatnya tidak, kalangan mereka jugalah yg mencipta fesyen-fesyen tudung ini,harap kita semua peka tentang ini.

Penulis disini melihat diruang lingkup negara kita ini, ramai yg bertudung tetapi pabila diselidik ramai juga yg bertudung sekadar ikut trend dan adat masyarakat sekeliling kononnya malu dedahkan rambut tetapi sedar x kita dengan siapa yang patut kita malu? lebih memalukan lagi iklan disebuah akhbar tempatan tentang pelanggan yg berjaya menguruskan badan dgn syarikat tertentu, di dalam iklan itu pelanggan tersebut memakai tudung tetapi berpakaian tersangat ketat dan jarang hingga menampakkan kulit hingga ke tempat yg tidak sepatutnya dilihat. Bukan niat saya untuk memalukannya tetapi kita masyarakat perlu peka dengan ini, jgn kita diperkotak katikkan oleh pihak tertentu yg memperkenalkan trend dan gaya mereka yg melanggar batas syariat islam dalam menutup aurat.

Tudung bukanlah suatu fesyen yang boleh diperdagangkan dan dibuat duit dengan memperbahurui fesyen-fesyen tudung tetapi tudung adalah pakaian yang disyariatkan islam untuk wanita-wanita islam bagi menutupi rambut dan dada mereka disamping dengan pemakaian baju yg longgar dan labuh. Saya disini bukanlah arif untuk menghuraikan bab pemakaian mengikut spesifikasi islam tetapi saya ingin mengingatkan kaum wanita agar dapat menutup aurat yg sebetulnya atas dasar iman dan takwa kepada Allah bukanlah kerana adat atau malu atau trend masa kini. Dibwah ini adalah gambar pemakaian tutup aurat yang betul dan salah mengikut spesifikasi islam..

tutup aurat yang sempurna mengikut spesifikasi Islam


tutup aurat yang tidak mengikut spesifikasi Islam


Sebenarnya kalau kita kaji hikmah menutup aurat ini adalah banyak contoh jika si wanita itu tutup aurat dengan betul atas dasar iman dan takwa, ia dapat mengelakkan dari perkara yang tidak diingini berlaku seperti zina dan rogol kerana ia dapat menyekat pandangan kaum lelaki dan kalau kita kaji pula pandangan mata ini bersangkut dengan kemaluan yakni nafsu, apabila pandangan dijaga maka nafsu juga akan turun dan begitulah sebaliknya. Selain itu, ia juga dapat menarik jodoh yang baik kepada si wanita tersebut asbabnya lelaki yang baik akan tertarik pada wanita yang baik sahaja. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment