Friday, February 12, 2010

'Couple' perosak iman, pelemah jiwa

Perasaan cinta adalah lumrah dalam hidup manusia normal yang dikurniakan hati dan akal fikiran oleh Allah S.W.T. Cinta yang sebenar bukanlah dimaksudkan kepada wanita atau lelaki tetapi cinta yang sebenar adalah cinta kepada Allah sebagai pencipta seluruh alam ini. Entry kali ini bukanlah untuk mengupas tentang cinta hakiki sedalamnya tetapi untuk kita berkongsi masalah ‘couple’ yang sedang melanda masyarakat Islam di negara kita ini.

‘Couple’ merupakan 1 budaya berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sedang hangat menular dikalangan remaja. Kenapa perlu ber’couple’? adakah ‘couple’ itu keperluan hidup? Kalau di tanya remaja hari ini ramai yang mengatakan ‘couple’ itu perlu bagi memberi semangat dalam hidup khususnya mahasiswa mahasiswi kerana mereka beranggapan dengan adanya teman atau pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk belajar. Benar, saya juga pernah berada di alam ‘couple’ walaupun sementara ini tetapi kenyataan itu adalah karut dan hanya mereka yang lemah imannya sahaja seperti saya yang akan terpengaruh dengan gejala ini. Tetapi saya bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan saya dan dengan kesedaran ini saya ingin mengajak pembaca semua khususnya remaja dari terjebak dengan gejala ‘couple’ ini.

‘Couple’ hanyalah 1 perkara yang sia-sia dan akan mendatangkan maksiat jika dilayan karenah ‘couple’ ini. Tidak ada orang yang tidak bertemu jodoh kerana tidak ber’couple’ dan tiada alasan ber’couple’ untuk mencari jodoh walaupun itulah niat saya dahulu sebelum Allah sedarkan saya. Sebenarnya untuk memperolehi jodoh banyak cara yang diredhai Allah, contohnya:

1) Kerap berdoa dan melakukan solat hajat memohon jodoh dari Allah.
2) Apabila berkenan pada seseorang gadis, lakukan solat istikharah terlebih dahulu.
3) Ajak ibu bapa anda berjumpa dengan ibu bapa gadis yang anda berkenan bagi melakukan perbincangan.
4) Sentiasa sabar dan sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikan, insyaallah jodoh anda sampai apabila tiba waktunya. Sesungguhnya jodoh itu ketentuan Allah dan kita hendaklah berusaha dengan cara yang betul.

Remaja yang ber’couple’ sekarang juga tidak kurangnya dari mrlakukan maksiat seperti zina mata, zina mulut, zina tangan dan sebagainya yang dikatogerikan sebagai ‘ringan-ringan’ dikalangan remaja. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!! Tetapi Allah tidak pernah menutup pintu-pintu taubat bagi mereka yang berkehendakkan kejalan kebenaran. firman Allah SWT berikut sebagai dalil keperluan ini:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Ertinya : Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu (Muhammad: 19)

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

Disini saya juga menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi agar jagalah batas pergaulan dan tidak terjebak dan terpedaya dengan gejala ‘couple’ ini kerana ia tidak lain dari melalaikan dan membawa kepada kemaksiatan selain dari melemahkan jiwa dan tidak mampu berjuang demi Islam. Bangunlah berjuang demi islam kerana anda semualah bakal memimpin Negara dimasa akan datang,jikalau jiwa lemah bagaimana hendak memimpin dan menepis segala budaya sekular yang di bawa dari barat? Sedarlah bahawa Negara kita hanya sekadar nama Negara islam sahaja tetapi belum menjalankan dasar sebenar islam dan andalah mahasiswa dan mahasiswi yang mampu merubahnya. Oleh itu, ayuh kita katakan ‘no to couple’. JOM BERJUANG DEMI ISLAM..ALLAHUAKBAR!!



sumber sedikit sebanyak dipetik dari www.zaharuddin.net

No comments:

Post a Comment