Tuesday, February 9, 2010

Hikmah dan keajaiban azan

Azan adalah satu kalimah yang dilaungkan untuk menyeru umat manusia melakukan solat. Azan mula dilaungkan pada zaman Rasullullah s.a.w dimana Abdullah bin Zaid telah bermimpi bahawa cara yang paling sesuai bagi menyeru umat manusia melakukan solat adalah azan. Dan sejak dari itu, seorang mua'zin ditugaskan untuk melaungkan azan iaitu Bilal bin Rabbah, beliau adalah antara 7 orang pertama yang memeluk Islam dan mempunyai semangat juang yang tinggi walaupun diseksa oleh tuannya kerana sebelum memeluk Islam beliau merupakan seorang hamba.



Pada hari ini kita dapat lihat seluruh pelusuk didunia ini kedengaran laungan azan, ia bergerak dari timur indonesia pada azan subuh dan mengelilingi dunia hinggalah kembali ke timur indonesia semula untuk laungan azan zohor pula kerana perbezaan waktu pd setiap tempat. Perbezaan waktu adalah sangat kurang diantara kurang hingga 1 jam sahaja dan laungan azan sentiasa bersahutan diseluruh dunia setiap masa.

Azan merupakan sumber kekuatan umat Islam, ia yang memberi semangat pada jiwa kita untuk kembali dan duduk diatas jalan kebenaran kerana kalau dikaji, azan ini boleh menurunkan gelombang dunia dan gelombang otak kita ke tahap yang rendah iaitu gelombang teta. Azan juga boleh dikatakan sebagai penstabil pada gelombang dunia bagi mengamankan dan mendamaikan dunia dari segala kekacauan. Didalam otak kita terdapat 4 gelombang utama iaitu:

1)Gelombang beta - gelombang nakal dimana ia sentiasa berfikir kearah yang tidak baik atau buruk sangka pada Allah.
2)Gelombang alpha- gelombang semasa santai dan rehat.
3)Gelombang teta - gelombang yang sewaktu kita tenang atau tidur-tidur ayam.
4)Gelombang delta- gelombang sewaktu kita tidur tanpa mimpi.

Azan ini berada dalam gelombang teta dimana jika dilaungkan azan dengan sepenuh hati dengan menghayati kalimahnya, ia mampu menurunkan gelombang manusia pada kadar gelombang teta dan juga dapat menurunkan gelombang dunia dan pada waktu terdekat selepas azan inilah adalah waktu yang baik untuk solat dengan khusyuk tanpa sebarang gangguan dari otak dan fikiran kita.

Azan juga bukan sahaja digunakan untuk solat tetapi ia juga digunakan pada keadaan-keadaan kecemasan contohnya tsunami, mengikut kajian apabila launagan azan itu berkumandang ia dapat menenangkan molekul-molekul air kepada keadaan yang tenang. Ia juga digunakan dalam terapi perubatan tetapi saya tidak mampu menghuraikan dengan lebih lanjut kerana terlalu banyak sebenarnya hikmah dan kegunaan azan ini. Justeru itu, apabila kita mendengar azan, hendaklah kita diam dan kalau boleh kita jawab dan hayatilah setiap kalimah azan itu kerana ia boleh menjadi terapi untuk diri kita,insyaallah.

No comments:

Post a Comment