Saturday, January 9, 2010

Pengorbanan ayah ibu..

Bismillahirrahnirrahim…
Ibu bapa, mak abah, ummi abi, papa mama, daddy mummy, semuanya adalah panggilan untuk insan yg melahirkan kita dan menjaga kita sehingga kita mampu berdikari sendiri dan menjadi insan yang berguna kepada bangsa, Negara dan agama. Mereka tidak pernah kenal erti penat dan putus asa dalam mendidik dan membesarkan kita sekalipun mereka hidup dalam serba kekurangan.

Ibu, insan yang tidak kenal erti derita, seksa, penat dan putus asa dalam melahirkan dan membesarkan kita. Ibu mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan kita dan tatkala kita dilahirkan ibulah orang yang paling gembira menyambutnya walaupun kesakitan yang ibu lalui itu tidak terkira sakitnya sehingga menyebabkan 1 urat akan putus dikala melahirkan kita. Dari tapak tangan sebesar ibu jari, ibu membesarkan kita,menyusukan kita, berjaga malam, dan menjaga kita sehingga kita besar.

Ayah pula adalah insan yang sama tidak kenal erti penat mencari rezeki demi membesarkan kita dan demi keselesaan hidup kita. Ada ayah yang sanggup mencari duit lebih dengan kerja lebih masa, tidak hiraukan penat dan sampai mengabaikan kesihatan, ini semua adalah demi anak-anaknya, tidak ada ayah yang sanggup melihat hidup anaknya dalam kesusahan.



Tetapi pernahkah kita terfikir semua ini? Apabila kita dewasa mempunyai pendidikan yang tinggi dan kerjaya yang baik, adakah kita terfikir semua ini? Andainya kita semua fikir, Alhamdulillah,tetapi bagaimana kalau kita tidak terfikir dan yang hanya kita fikir adalah kesenangan yang kita kecapi. Cuba kita renungkan sejenak diwaktu kita kecil dahulu,adakah mereka hidup senang?kalau yang berada takpa lah tetapi bagaimana kalau yang kurang berada atau susah?. Mak ayah tidak akan membiarkan kita hidup susah sehinggakan kekadang kita tidak tahu yang mereka itu susah. Tetapi apabila kita dewasa kekadang kita lupa kepada mereka, sibuk dengan kerja, rakan,atau ‘boyfriend girlfriend’ sampaikan hendak Tanya khabar pun susah. Tahu tak mereka(ibu bapa) sentiasa mendoakan kita sampaikan mengalir airmata,sentiasa merindui kita tetapi adakah kita sentiasa mendoakannya.

Mak ayah kita tidak mintak wang dari kita pun tetapi mereka perlu kasih sayang kita,belaian kita sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dahulu, kalau boleh mereka nak berada disisi kita tetapi mereka sekali lagi sanggup berkorban membiarkan kita pergi meningalkannya demi masa depan kita. Mereka tidak mintak pun balasan dari kita dan yang hanya mereka mahukan adalah melihat kita berjaya dan kadang2 mereka bangga apabila anak2 mereka berpangkat tinggi, kalau boleh habis satu kampung nak diberitahu. Betapa perasaan mereka tidak terkira gembira melihat kita berjaya tetapi adakah kita sedar semua ini, adakah kita ambil berat tntang ibu bapa kita. Sekarang ramai yang pentingkan kerjaya dan wang, memang tidak dinafikan wang penting untuk hidup tetapi jangan sampai kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai anak, ingatlah pada mereka dan yang penting sentiasa doakan mereka. Ada pula yang pentingkan pasangan tidak kiralah yang berkahwin atau belum, bagi yang lelaki ingatlah walaupun anda sudah berkahwin, mak ayah tetap first, isteri jatuh nombor 3 selepas mak ayah mertua, bagi perempuan takpalah kerana pabila sudah berkahwin, tanggungjawab taat itu jatuh untuk suami. Tetapi disini saya nak tekankan bagi mereka yang bercouple terutamanya mahasiswa dan mahasiswi, ingatlah pada mak yah kita, mereka memberikan wang agar kita belanjakan untuk menyara hidup tetapi kita senang lenang ‘top-up’ handphone semata-mata untuk bercakap dgn ‘bf,gf’. Ingatlah pengorbanan mereka kepada kita dan ingat Allah yang paling penting.

Cukuplah setakat ini, saya juga mengingatkan diri saya ini yang selalu alpa dan kadang-kadang terleka dengan permainan dunia sampaikan mengabaikan tanggungjawab sebagai anak. Ingatlah, berbuat baik pada ibu bapa itu besar balasanya disisi Allah dan janganlah kita risau tentang lain kerana janji Allah tetap, walhal melihat wajah ibu bapa pun mendapat pahala. Semoga kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai anak , bahagiakanlah mereka sementara mereka masih ada dan sentiasalah doakan mereka agar mereka mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Insyaalah..

No comments:

Post a Comment