Saturday, January 2, 2010

Di manakah sinar ISLAM di tengah lautan kemajuan??

Bismillahirrahnirrahim…
Malaysia di abad ini adalah sebuah Negara yang sedang membangun, pelbagai bangunan telah terpacak di muka bumi Malaysia. Ada yang menjadi salah satu bangunan pencakar langit dunia, begitu gah megah melambangkan kemajuan Negara sehingga menarik ramai pelancong asing ke Malaysia. Tidak ketinggalan juga Negara-negara islam yang lain begitu pesat membangun dengan nilai kekayaan harta yang begitu banyak, contohnya Negara arab bersatu, salah satu Negara islam kaya didunia.

Inilah pencapaian yang patut kita bangga tetapi marilah kita renungkan sedikit mengapa islam terus ditindas oleh yahudi, mengapa di Negara islam sendiri contohnya Negara kita tidak mampu untuk melaksanakan undang-undang islam? Mengapa gejala sosial berleluasa sedangkan kita Negara islam? Patutkah semua ini berlaku? Adakah negara kita benar-benar maju rohaniah dan jasmaniah?



Mutakhir ini kita dapat lihat gejala sosial berleluasa dikalangan remaja Negara kita, mat rempit bebas berkeliaran, mat dadah merata kita lihat umumnya masyarakat islam, pasangan remaja tanpa segan silu lagi berdua-duaan bermadu asmara. Semuanya ini adalah perosak agama dan perosak bangsa tetapi kenapa gejala ini tidak dapat diselesaikan sedangkan pemimpin-pemimpin kita majoritinya orang islam.

Mari kita tengok ape yang ada dalam Negara kita, kita ambil contoh hiburan , sedarkah anda ditelevisyen sekarang berbagai program realiti tv dipertontonkan, aksi kaum hawa mendendangkan lagu sambil menari dgn membuka aurat semakin berleluasa, sedarkah kita? Inilah menjadi salah 1 punca umat islam dinegara ini lemah dan berbagai gejala yang tidak baik berlaku. Tahukah kita bahawa Allah telah meletakkan martabat wanita itu tinggi tetapi kenapa kita merendah-rendahkan martabat dan maruah wanita dengan program-program realiti tv dan seumpama dengannya.

Inilah yang dinamakan taksub kepada dunia apabila manusia lebih pentingkan dunia dari akhirat, pusat-pusat hiburan berleluasa hingga manusia alpa tenggelam dalam arus dunia. Inikah yang dikatakan Negara islam apabila siaran televisyen penuh dengan hiburan yang melalaikan, apabila terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang berunsurkan maksiat, apabila Negara mempunyai kilang arak,apabila hukuman yang dijalankan tidak berlandaskan Hukum Allah, inikah Negara islam yang kita harapkan dapat membimbing kita kepada kebenaran?fikir-fikirkanlah..

Ini semua adalah asbab dari pengaruh barat iaitu yahudi, mereka telah mengubah mentaliti umat islam kearah acuan mereka, sehinggakan pemimpin-pemimpin Negara islam sendiri tidak dapat berbuat apa-apa menentang kemungkaran, yang mereka dapat lakukan adalah pembangunan jasmaniah semata-mata. Memang tidak semua pemiimpin seperti ini tetapi segelintir inilah yang lama-lama akan memakan Negara islam segaligus membuatkan umat islam lemah, maka lagi mudahlah pihak yahudi menjalankan propaganda mereka.

Justeru itu saya mengharapkan agar kita semua umat islam dapat bangun bersatu mengubah dan memperbetulkan apa yang silap samada diperingkat diri kita, masyarakat dan akar umbi kepimpinan kerajaan. Janganlah kita asyik berpeluk tubuh menyaksikan apa yang berlaku tanpa sedikit pun tindakan sekurang-kurangnya dengan rasa benci, kerana itulah selemah-lemah iman..Insyaallah ..
ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment