Friday, July 30, 2010

pabila ajal datang menjemput

Assalamualaikum..salam ukhwah..salam 1 malaysia..lama rasanya xupdate blog ni..maklum la ketandusan idea.hehe..tp InsyaAllah setelah menyaksikan imam muda kemuncak sebentar td dan imam muda yg lepas2, idea tu datang kembali, tgk diorang memberi tazkirah rasa tersentuh pula hati ini. Memang xde mengena pun tp sdg asyik melihat program imam muda terfikr sejenak tentang kehidupan sosial diluar sana . Kali ini saya akan membicarakan sedikit topik berkaitan ‘jika ajal datang menyambut’. Sedikit sahaja namun cukup utk membuat kita tersentuh.


Topik ini kadangkala dipandang enteng oleh sesetengah golongan manusia, bukanlah saya mengatakan umat kini xpercaya pd mati tetapi perlakuan kita seolah tidak ambil kisah tentang mati termasuk diri ini. Ramai yang kata waktu muda perlu ‘struggle’ dlm mencari harta kemewahan mahupun kerja tp kadangkala kita lupa dari mana datangnya semua itu kalau bukan dari Allah. Tidak lupa juga pd hiburan yg kononnya waktu muda ini untuk enjoy dan pabila tua barulah utk buat amal.




Tidak salah mengejar kemewahan tapi cuba kawan2 renungkan sejenak di saat kita sibuk mencari harta dunia mahupun berhibur, waktu itu buku amalan kita diangkat oleh Allah dan roh kita dipisahkan dari jasad kita, adakah berguna lagi kita pada waktu itu untuk mencari kesenangan akhirat dan adakah berguna semua harta dunia yang kita cari tanpa menginfakkan kejalan Allah?? Walaupun sejuta penyesalan pun,ia tidak kan berguna lg melainkan anak soleh yg mendoakannya..masyaAllah..


Hidup hanya sekali dan peluang yg datang juga hanya sekali, muda hanya sekali dan tua juga hanya sekali. Oleh itu, tidak perlulah kita tunggu masa utk beribadah dan beramal kpd Allah juga utk berubah kpd insan yg lebih berguna kerana masa dan ajal tidak menunggu kita, lakukan segera. Semoga kita semua tergolong di dalam orang yg mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah..cukuplah setakat ini, sekadar mengingati..salam..

No comments:

Post a Comment