Tuesday, August 3, 2010

Pemuda dan remaja islam hebat



Gambar di atas saya ‘snap’ masa tengah seronok melayan karenah anak buah bermain air di tepi pantai. Rasanya telah berlaku 3 bulan yang lalu. Masa tu waktu cuti sekolah dan ramai pelancong temapatan yg dtg utk berkelah bersama keluarga dan tidak lupa juga pada warga kampung yg tidak terlepas peluang berniaga makanan demi utk mencari rezeki. Tetapi yg tidak meyenangkan mata melihat ialah sekumpulan ‘mat-mat rempit’ kampung yg seakan tidak pedulikan org disitu dengan gelagat mereka serta aksi bodoh mereka ditambah dgn bunyi enjin motor yg terlalu bingit disitu kononnya hendak mencari publisiti murahan. Ramai org disitu yg ‘tension’ sehingga salah seorg drpd mereka membuat laporan polis berhubung gangguan awam itu. Yang lebih menyedihkan saya apabila melihat remaja-remaja yg masih bersekolah pun turut serta, dah la motor yg mereka gunakan itu motor mak ayah seolah-olah hati saya tertanya di manakah tanggungjawab mak ayah mereka disaat anak mereka sibuk berlumba dijalanan..

Tajuk yg saya nk kupas pd kali ini berkenaan remaja dan pemuda hebat. Saban hari kita tgk makin kurang nilai-nilai pemuda dan remaja islam dalam masyarakat kita hari ini. Kita seolah terjerat dengan budaya barat sampaikan perkara yg diluar normal seorg manusia pun tergamak pemuda-pemuda kita lakukan yakni ‘gay’, astagfirullah. Sudah cukupkah nilai merdeka yg british bg pd kita? Dimanakah letaknya sinar islam disaat masyarakat kita dilanda tsunami sosial yg melampau? Tepuk dada Tanya iman,buka minda dan buka hati.

Dalam masyrakat bahkan Negara, pemuda itu penting kerana merekalah yg akan mencorakkan Negara pada masa akan dtg. Sebab itu setiap pemuda harus mendidik diri serta mencontohi pemuda zaman rasulullah yg sama-sama mengembleng tenaga dalam membangunkan ummah. Sebagai contoh kita ambil seorang pemuda zaman rasulullah yg bernama Abdullah ibn Umar, atau Ibnu Umar yg usianya saat itu memasuki 15 tahun telah mendaftarkan diri utk berjihad bersama Rasulullah saw. Penyertaannya dalam pelbagai medan jihad tidak pernah lepas dalam sejarah hidup pemuda itu. Saat perang membuka kota Mekah (Futuh Mekah), dia berusia 20 tahun dan termasuk pemuda yang menonjol di medan perang. masyaAllah, inilah pemuda yg perlu kita jadikan ikon.

Merungkap topik pemuda hebat, cirri-cirinya ialah seorang pemuda hebat perlulah mempunyai keimanan yg teguh kepada Allah dimana dia dapat melawan hawa nafsu serta patuh pd perintah Allah. Hari ini kita tgk remaja dan pemuda kita sibuk dengan hiburan yg melalaikan hingga timbulnya berbagai maksiat hingga lahirnya generasi diluar nikah,lebih parah lg hinggakan ada yg sanggup murtad. Kerajaan, rakyat dan siapa saja perlu memandang serius hal ini, konsert-konsert serta serta ‘gig’ harus disekat bagi menjaga para pemuda kita.

Selain itu, seorang pemuda yg hebat juga perlu mempunyai sahsiah yg tinggi seiring dengan ilmu pengetahuan yg luas. Pemuda perlu ada rasa ingin tahu kepada perkara-perkara yg ilmiah bukan kepada perkara-perkara hiburan. Sekarang ini apa yg dapat kita lihat hanya pendidikan sahaja yg tinggi tetapi sahsiahnya rendah. Pendidikan sahaja tidak mencukupi utk menjamin akhlak pemuda sebaliknya pemuda harus sedar dgn agenda-agenda barat, konspirasi-konspirasi dunia dan perlu ada keinginan dalam diri remaja atau pemuda utk belajar agama dan mengenal Allah, itu yg penting.



Di Negara kita sendiri sekarang ini, sudah ada ikon alternatif yg boleh dijadikan contoh seperti imam muda asyraf dn imam muda hizbur dr program imam muda. Dilihat dari segi sahsiah dan pendidikan mereka ini, menampakkan mereka adalah pemuda yg hebat dgn hujahnya yg kuat disokong dgn dalil, serta latar belakang pendidikan mereka, ada yg dr university al-azhar, ada yg dr madrasah pondok seperti imam muda azhar dan sebagainya. Rasanya program seperti ini harus disokong dan diteruskan utk masa-masa akan dtg. Rasanya cukup dlu setakat ini, marilah sama-sama kita membentuk ummah yg gemilang dalam konteks selaras dengan kemajuan teknologi dunia. Ini juga utk diri saya sendiri agar dpt memperbaiki kesilapan-kesilapan masa silam..wallahualam.

No comments:

Post a Comment