Assalamualaikum w.b.t..
DUNIA.. apa yg anda tahu tentang dunia?? N apa yg anda inginkan pada dunia?? Pastinya ramai yg menjawab dunia adalah tempat kita hidup n di dunia juga adalah medan utk mencari harta n bg mereka yg kuat iman skit, mereka akan katakan dunia tempat utk beramal. Walau apapun pandangan kita, dunia tetap Allah jadikan utk menguji keimanan hamba-hamba-Nya dgn apa cara sekalipun kehidupan kita asalkan mengikut lunas-lunas islam.
ZUHUD..what the means zuhud?? N apa kaitannya dgn dunia?? Zuhud bererti menjauhkan diri dari harta-harta kemewahan dunia tetapi bukanlah bermaksud meninggalkan dunia hinggakan tidak memiliki langsung harta dunia, menolak teknologi n sehingga miskin n dipandang hina oleh masyarakat. Zuhud dlm konteks ini bermaksud menggunakan harta hanya sekadar keperluan sahaja walaupun kaya kerana selebihnya dibelanjakan ke jalan Allah. Zuhud pada zaman nabi sering diungkap kepada umar bin abdul aziz yg merupakan seorang pemimpin yg tidak langsung bermewah malah hanya menggunakan harta sendiri bukan harta milik negara, zuhudnya beliau didorong oleh anaknya abd malek bin umar seorang pemuda yg baik akhlaknya..
Tetapi masyarakat hari ini berlumba2 dalam mencari harta dunia utk memiliki sesuatu contohnya kereta. Ada yg sanggup ‘ikat perut’ utk beli kereta baru walhal sudah mempunyai kereta. Begitu juga rumah, jarang hari ini kita dpt lihat rumah yg sekadar biasa n tidak lebih selain keperluan, yg ada hari ini rumah2 semua bagaikan syurga sampaikan apabila berada didlmnya lupa akan insan lain di luar yg kurang bernasib baik..masyaAllah..
Orang sekarang pantang melihat apa yg orang lain miliki, mulalah ada rasa iri hati n ingin lawan sdgkn org yg zuhud skit pun tidak peduli tentang itu krn mereka menganggap itu semua adalah hak Allah yg cume dipinjamkan sementara sahaja. Kalau dilihat di tv, rancangan dekorasi2 rumah ‘bersama eric’ yg sememangnya membuat org lebih cintakan dunia namun islam tidak larang itu semua asalkan tidak bercanggah dgn hukum tetapi nilai zuhud tu yg saya nk gambarkan dan mana kehebatan islam itu sendiri jika umatnya tidak dpt melawan hawa nafsu kepada perkara-perkara dunia n masing sibuk bincangkan hal harta dunia sedang dunia dilanda krisis, makin mudah la pihak yahudi masuk jarum kalau mcm tu. Umat islam kini ramai yg tidak tahu apa itu zuhud sedang zuhud adalah 1 amalan yg membuatkan Allah kasih kpd kita. Ini bertepatan dgn hadis:
عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي t قال: (( جاء رجل إلى النبي e فقال: یا رسول
الله! دلني على عمل إذا عملتع أحبني الله وأحبني الناس. فقال: ازهد في الدنيا یحبك الله،
وازهد فيما عند الناس یحبك الناس )) حدیث حسن رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة.
Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik ( Hadis ini adalah daripada riwayat
Khalid ibn ‘Umar dan al-Qurasyie daripada Sufian daripada al-Thauri Abu Hazim daripada Sahl. Al-Imam Ahmad berkata
berkenaan dengan Khalid : Dia adakah orang yang mungkar dalam riwayatnya, dia meriwayatkan cerita-cerita batil. Ibnu
Ma‘in pula berkata dia adalah pendusta. Saleh ibn Muhammad dan Ibnu ‘Adie menghubungkannya (Khalid) sebagai orang
yang mereka-reka hadis palsu. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-
Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku
suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda
bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa
yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah
membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan
hati dari mengingati perkara dunia.
(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa
yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan
bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat
dilarang.
(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah
tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya
memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman
ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda
selainNya.
sekian,semoga dapat sama-sama kita ambil iktibar dari hadis ini termasuklah peringtan utk diri saya sendiri. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment