Beratap langit tujuh..
sujud jua sejuta tubuh..
dosa noda pasti tersentuh..
menjelang ramadhan bulan penuh keberkatan.
Assalamualaikum..sedar xsedar sudah hampir ramadhan, bermakna seluruh umat islam akan berpuasa tetapi bagaimana dengan iman dan nafsu kita? kebanyakan ramai yg kurang mengekang nafsu waktu berbuka dan kadang kala termasuk la diri saya sendiri. Apa yg saya kesal disni bila tgk bazar ramadhan tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan tp xsalah semua tu kerana nak mencari rezeki tp yg salahnya kita sibuk dengan juadah berbuka sedangkan puasa tu adalah satu ibadah tp bila ptg semua bertumpu di bazar dan saya rasa mcm tidak sesuai dgn menamakan bazar ramadhan mencemarkan nama ramadhan itu sendiri.
Apa yg saya nak sampaikan pada kali ini berhubung dgn tuntutan iman iaitu mengekang hawa nafsu. Menunduk hawa nafsu perlu bagi orang-orang yg beriman. saya lebih utamakan pada golongan muda lagi2 yg remaja kerana zaman kini gejala 'couple' amatlah berleluasa saya tgk. Tidak cukup dengan hanya 'berdating' malah ada yg sampai melakukan adegan 'ringan-ringan' dan sehingga yg terlanjur pun ramai. Pernah saya ulas topik ini dalam post lepas-lepas yg bertajuk 'couple perosak iman pelemah jiwa'. Memang betul pun kerana orang yg beriman seharusnya menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara tersebut. Saya memandang serius hal ini memandangkan sekarang sudah jadi satu bala bagi negara, negara akan lemah apabila didiami oleh masyarakat yg kurang imannya kerana seseorang itu tidak benar-benar beriman melainkan mampu menundukkan hawa nafsu ke jalan agama. Ini bertepatan dengan hadis:
عن أبي محمد عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله : (( لا
یؤمن أحدآم حتى یكون هواه تبعا لما جئت به )) حدیث حسن صحيح رویناه في آتاب
الحجة بإسناد صحيح.
Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah ( Nama penuh Kitab al-Hujjah di sini
ialah ( الحجة على تارآي سلوك طریق المحجة ) karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-
Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah.)dengan sanad yang
baik.
Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang
aku bawa.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawa nafsunya tunduk dan
menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya dia
mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal
kebajikan, maka lmannya tidak sempurna.
(2) Ungkapan 'tidak benar-benar beriman' bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau
tempang, bukan bererti dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh kufur apabila dia menafikan atau menolak
mana-mana ajaran lslam.
(3) Mujahadah hawa nafsu adalah mujahadah yang berat yang tidak tertanggung kecuali oleh orang
yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan RasulNya.
Daripada hadis ini,jelaslah menundukkan hawa nafsu itu adalah tuntutan iman. Bukan saya nk menyalahkan golongan muda yg berpasangan tetapi mereka harus faham konsep agama dan badan-badan agama perlu menerangkan hal ini kepada masyarakat. Bukan mudah nak pupuk iman ni kalau xde usaha yg bersungguh2 tetapi kenalah kdg2 tu muhasabah diri sendiri,biar menangis mengenang dosa sendiri,xpe..kerana Allah tu faham akan hamba-Nya. Selain tu, bukan 'couple' sahaja, malah byk lg seperti boros berbelanja, nak hidup mewah..itu semuanya hawa nafsu termasuk nafsu makan. Benda ni semua kalau nk faham betul2 kne tgk cara nabi kerana beliau adalah idola yg terbaik buat kita semua.
Janganlah diturutkan hawa nafsu yg melampau2 yg luar dr batasan agama kerana takut terjatuh ke dalam golongan orang yg tidak beriman. Apa salahnya menundukkan hawa nafsu kerana itu juga dikira jihad, bukan berperang memerangi musuh sahaja malah memerangi hawa nafsu pun dikira jihad disisi Allah..cintai Allah cintai Rasulullah, mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah..sekian.
No comments:
Post a Comment