Tuesday, August 10, 2010

Asas kapal terbang tercipta dr tamadun islam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Assalamualaikum.. entry kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang sejarah penciptaan ilmu penerbangan iaitu kapal terbang yg pernah saya pelajari dlm mata pelajaran ‘asas aeronautik’ semasa menuntut di UTMKL dahulu dalam bidang mekanikal (aeronautik).

Seperti yg ramai ketahui kapal terbang yg pertama dicipta oleh wright bersaudara (orville wright dan Wilbur wright) namun ilmu tentang penerbangan iaitu asas aeronautik itu telah di kaji dan ditemui oleh ibn firnas. Dalam bidang aeronautik, asas utamanya adalah aerodinamik dimana daya angkat diperlukan utk mengangkat pesawat itu sendiri dan dari situ terciptanya sayap(wing) berbentuk airfoil dimana ada perbezaan tekanan antara atas dan bawah sayap serta daya tujah bagi menggerakkan pesawat itu sendiri.





Abbas Ibn Firnas merupakan salah seorang pakar sains Islam yang meninggal pada tahun 888. 'Abbas Ibn Firnas, atau 'Abbas Qasim Ibn Firnas merupakan Berber Spanyol kemanusian (humanitarian), teknologis, dan ahli kimia.

Pada tahun 852, di bawah Khalifah bernama Armen Firman memutuskan untuk terbang dari menara di Cordova. Dia melayang kebumi, menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya. Dia terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas yang masih muda hadir dan menyaksikannya.

Ibn Firnas terbabit dalam pelbagai usaha. Dia mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Dia menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata. Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir, dan dia menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia juga memajukan proses bagi memotong kristal batu. Sehingga masa itu, hanya orang-orang Mesir tahu cara mengilap kristal. Dengan itu, Sepanyol tidak lagi perlu mengeksport kuartz ke Mesir, tetapi mampu menyiapkannya sendiri.



Pada tahun 875, Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu. Kematiannya, hanya dua belas tahun selepas itu, mungkin sedikit sebanyak diakibatkan oleh kecederaannya.
"Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying."
—Philip Hitti, History of the Arabs.

Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibn Firnas, seribu tahun sebelum Wright. Libya mengeluarkan stem sebagai menperingatinya. Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya. Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya.

Selepas ibn firnas, byk pakar-pakar aeronautik yg muncul contohnya Montolgofier bersaudara yg mencipta belon udara panas menggunakan konsep Archimedes. ‘Glider’ juga telah dicipta oleh George cayley menggunakan lakaran ‘inventor’ terkenal iatu Leonardo da vinci’s dan beliau juga telah dikenali sebagai ‘father of aviation’ namun sebenarnya konsepnya terdahulu ibn firnas telah menciptanya. Namun kapal terbang yg sempurna yg mempunyai kuasa ‘daya tujah’ telah dicipta oleh wright bersaudara.



Hari ini sudah canggih kerana byk pesawat, jet serta roket dicipta menggunakan berbagai-bagai enjin, ada yg menggunakan enjin lejang, turbojet, turbofan, ramjet dan mcm-mcm lg. jenis sayap pun berbagai-bagai contohnya ‘biplane’, ‘delta wing’, ‘wing mounted engines’ dan lain2 termasuk airfoil yg dicipta dengan berbagai jenis contoh NACA 4 siri, 5 siri dan 6 siri serta termasuk airfoil simetri dan ‘clark-y’.

1 comment:

  1. asas pembinaan yg dibuat oleh Leonardo da Vinci dan Wright brothers sama dgn asas Abbas Ibnu Firnas kan,, jadi adakah mereka meniru hasil kerja Ibnu Firnas atau mereka come up with idea mereka sendiri? -i really need it for my wrritten assignment - bdak uia

    ReplyDelete