Friday, August 20, 2010

Teladan sejarah 'Air mata Ar-raji’'

Air mata Ar-raji’, suatu lambang pengorbanan pejuang agama sejati tanpa sebarang persiapan perang, hanya berbekalkan ilmu agama utk disampaikan kpd kaumnya sendiri iaitu qabilah ‘Adal dan Qarah namun dikhianatinya atas dorongan dan galakan musyirikin mekah. Ya Allah betapa hebatnya mereka diseksa hingga ada yg syahid.

Namun dengan akhlak rasulullah yg dibawa oleh pendakwah-pendakwah tersebut, dengan kecekalan serta semangat jihad yg ada pd diri mereka terutamanya ‘Asim bin Thabit, Khubaib bin ‘Adi, Abdullah bin Tariq dan Zaid bin ad-Dasinah telah membawa imej kesungguhan mempertahankan kesucian islam sehingga mereka syahid..Allahuakbar.. xtergambar rasanya betapa peritnya mereka-mereka para pejuang menegakkan agama Allah ini.

Saya bukannya nak menceritakan sejarah ini dengan panjang lebar namun cukup saya gambarkan yg perisitiwa ini betul-betul melambangkan satu perjuangan dan pengorbanan yg rasanya sungguh elok utk kita contohi dalam kehidupan seharian kita dimana dakwah islamiah harus diteruskan walau apa keadaan sekalipun dan kelembutan dalam berdakwah lebih berkesan daripada kekerasan sepertimana nabi kita menyuruh setiap keburukan itu mesti dibalas dengan kebaikan dan sentiasa berbuat baik dengan org walaupun org itu menyakiti kita.

Namun hari ini kalau kita lihat bukan setakat berdakwah, utk menegakkan islam dlm diri sendiri pun sukar , tgklah dengan keadaan sekarang, dibulan ramadhan inipun masih ada lg yg kena tangkap atas kesalahan meminum arak,berjudi dan sebagainya..Ya Allah, xtau la nak cakap apa lg sedangkan utk menegakkan islam ini nabi kita dan para sahabat serta pejuang-pejuang sanggup berperang dibulan ramadhan ini iaitu dlm peperangan badar, kalau mereka tak buat begitu, rasanya xsampai islam tu kat bumi Malaysia ni tp dengan apa kita hargainya?? Adakah dengan pendedahan aurat? Pergaulan bebas? Buang bayi? masyaAllah, susah pyh pejuang-pejuang zaman rasulullah berperang demi nak meluaskan empayar islam hinggakan dahulu rom, sepanyol, turki semuanya jajahan islam tapi tgk apa yg telah terjadi pada Negara-negar a itu sekarang, sekalipun turki yg islam tu telah dipesongkan oleh kamal ar-tartuk(bapa pemodenan turki). Saya seru kepada sahabat semua termasuk diri saya, marilah kita sama-sama tanamkan azam utk menegakkan islam, kalau xdpt byk sikit pun jadilah dan kalau xdpt buat utk org lain, utk diri sendiri pun dah kira oklah tu. Sesiapa yg baca post ni,tlg ye demi islam dan demi umat islam di Malaysia ni, semoga kita sama-sama dirahmati Allah..ALLAHUAKBAR!!

1 comment:

  1. alhamdulillah, artikel yang amat berguna untuk kita semua

    ReplyDelete