Wednesday, September 29, 2010

soal perkenan atau tidak doa kita oleh Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum..lama rasanya tidak ber'blogging'..tapi hari ni saya ada 1 entry yg agak bagus untuk dikongsi dengan anda semua, tajuknya ialah "soal kemakbulan doa". Sejenak saya fikirkan, kadangkala saya rasakan seperti susah untuk Allah memakbulkan doa dan kadang-kadang hingga mengeluh tetapi setelah membaca sedikit pengisian daripada dr asri di laman webnya http://drmaza.com/ barulah saya faham dan dapat rasakan sedikit kekuatan bila memahami hujah dari ayat suci al-quran.

Disini saya hendak nyatakan mungkin diluar sana ramai yg tertanya-tanya mengapa doa ada diantaranya susah utk dimakbulkan dan kadangkala tiada lansung pun hasilnya. adakah Allah menolak doa kita?? sedangkan Dia yg menyuruh kita berdoa pd-Nya. Sebenarnya tidak sama sekali Allah menolak doa hambanya yg berdoa kepada-Nya kerana ini ada hujah dari al-quran, Allah sendiri berfirman:

(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).




Soal berhasil atau tidak doa itu usahlah kita persoalkan kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk hamba-Nya dan Allah akan memperkenankan doa setiap hamba-Nya selagi asalkan kita tidak putus asa terhadap-Nya. ini dibuktikan melalu hadis nabi s.a.w berbunyi:

Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah . Ditanya baginda : Apa itu tergopoh-gapah ? . Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa (Riwayat Muslim).


Tetapi ada juga kadangkala perasaan buruk sangka apabila berdoa tetapi doa semacam tidak nampak hasil pada kita tetapi ketahuilah sebenarnya dalam kita tidak tahu Allah telahpun memperkenankan doa kita,cuma masanya sahaja berbeza kerana Allah tahu segala yg akan berlaku, seperti riwayat hadis nabi s.a.w:

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).


Kesimpulannya, kita perlu sabar utk menanti saat kemakbulan doa itu kerana kita akan dapat merasakan kemanisannya selepas doa kita dimakbulkan cuma kadangkala kita sebagai insan biasa ini tidak mampu atau tidak tahan menanti, itu lumrah kerana saya sendiri pun kadangkala begitu cuma kita perlulah dekatkan diri pd-Nya untuk mendapat ketenangan dan petunjuk dari-Nya. insyaAllah, semoga kita semua tergolong dalam golongan yg diredhai.

disini saya selitkan sedikit penulisan dr asri dari webnya,sama-samalah kita hayati semoga memberi manfaat pada kita, insyaAllah

Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

No comments:

Post a Comment