Bismillahirrahnirrahim…
Ibu bapa, mak abah, ummi abi, papa mama, daddy mummy, semuanya adalah panggilan untuk insan yg melahirkan kita dan menjaga kita sehingga kita mampu berdikari sendiri dan menjadi insan yang berguna kepada bangsa, Negara dan agama. Mereka tidak pernah kenal erti penat dan putus asa dalam mendidik dan membesarkan kita sekalipun mereka hidup dalam serba kekurangan.
Ibu, insan yang tidak kenal erti derita, seksa, penat dan putus asa dalam melahirkan dan membesarkan kita. Ibu mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan kita dan tatkala kita dilahirkan ibulah orang yang paling gembira menyambutnya walaupun kesakitan yang ibu lalui itu tidak terkira sakitnya sehingga menyebabkan 1 urat akan putus dikala melahirkan kita. Dari tapak tangan sebesar ibu jari, ibu membesarkan kita,menyusukan kita, berjaga malam, dan menjaga kita sehingga kita besar.
Ayah pula adalah insan yang sama tidak kenal erti penat mencari rezeki demi membesarkan kita dan demi keselesaan hidup kita. Ada ayah yang sanggup mencari duit lebih dengan kerja lebih masa, tidak hiraukan penat dan sampai mengabaikan kesihatan, ini semua adalah demi anak-anaknya, tidak ada ayah yang sanggup melihat hidup anaknya dalam kesusahan.
Tetapi pernahkah kita terfikir semua ini? Apabila kita dewasa mempunyai pendidikan yang tinggi dan kerjaya yang baik, adakah kita terfikir semua ini? Andainya kita semua fikir, Alhamdulillah,tetapi bagaimana kalau kita tidak terfikir dan yang hanya kita fikir adalah kesenangan yang kita kecapi. Cuba kita renungkan sejenak diwaktu kita kecil dahulu,adakah mereka hidup senang?kalau yang berada takpa lah tetapi bagaimana kalau yang kurang berada atau susah?. Mak ayah tidak akan membiarkan kita hidup susah sehinggakan kekadang kita tidak tahu yang mereka itu susah. Tetapi apabila kita dewasa kekadang kita lupa kepada mereka, sibuk dengan kerja, rakan,atau ‘boyfriend girlfriend’ sampaikan hendak Tanya khabar pun susah. Tahu tak mereka(ibu bapa) sentiasa mendoakan kita sampaikan mengalir airmata,sentiasa merindui kita tetapi adakah kita sentiasa mendoakannya.
Mak ayah kita tidak mintak wang dari kita pun tetapi mereka perlu kasih sayang kita,belaian kita sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dahulu, kalau boleh mereka nak berada disisi kita tetapi mereka sekali lagi sanggup berkorban membiarkan kita pergi meningalkannya demi masa depan kita. Mereka tidak mintak pun balasan dari kita dan yang hanya mereka mahukan adalah melihat kita berjaya dan kadang2 mereka bangga apabila anak2 mereka berpangkat tinggi, kalau boleh habis satu kampung nak diberitahu. Betapa perasaan mereka tidak terkira gembira melihat kita berjaya tetapi adakah kita sedar semua ini, adakah kita ambil berat tntang ibu bapa kita. Sekarang ramai yang pentingkan kerjaya dan wang, memang tidak dinafikan wang penting untuk hidup tetapi jangan sampai kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai anak, ingatlah pada mereka dan yang penting sentiasa doakan mereka. Ada pula yang pentingkan pasangan tidak kiralah yang berkahwin atau belum, bagi yang lelaki ingatlah walaupun anda sudah berkahwin, mak ayah tetap first, isteri jatuh nombor 3 selepas mak ayah mertua, bagi perempuan takpalah kerana pabila sudah berkahwin, tanggungjawab taat itu jatuh untuk suami. Tetapi disini saya nak tekankan bagi mereka yang bercouple terutamanya mahasiswa dan mahasiswi, ingatlah pada mak yah kita, mereka memberikan wang agar kita belanjakan untuk menyara hidup tetapi kita senang lenang ‘top-up’ handphone semata-mata untuk bercakap dgn ‘bf,gf’. Ingatlah pengorbanan mereka kepada kita dan ingat Allah yang paling penting.
Cukuplah setakat ini, saya juga mengingatkan diri saya ini yang selalu alpa dan kadang-kadang terleka dengan permainan dunia sampaikan mengabaikan tanggungjawab sebagai anak. Ingatlah, berbuat baik pada ibu bapa itu besar balasanya disisi Allah dan janganlah kita risau tentang lain kerana janji Allah tetap, walhal melihat wajah ibu bapa pun mendapat pahala. Semoga kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai anak , bahagiakanlah mereka sementara mereka masih ada dan sentiasalah doakan mereka agar mereka mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Insyaalah..
Saturday, January 9, 2010
Saturday, January 2, 2010
Di manakah sinar ISLAM di tengah lautan kemajuan??
Bismillahirrahnirrahim…
Malaysia di abad ini adalah sebuah Negara yang sedang membangun, pelbagai bangunan telah terpacak di muka bumi Malaysia. Ada yang menjadi salah satu bangunan pencakar langit dunia, begitu gah megah melambangkan kemajuan Negara sehingga menarik ramai pelancong asing ke Malaysia. Tidak ketinggalan juga Negara-negara islam yang lain begitu pesat membangun dengan nilai kekayaan harta yang begitu banyak, contohnya Negara arab bersatu, salah satu Negara islam kaya didunia.
Inilah pencapaian yang patut kita bangga tetapi marilah kita renungkan sedikit mengapa islam terus ditindas oleh yahudi, mengapa di Negara islam sendiri contohnya Negara kita tidak mampu untuk melaksanakan undang-undang islam? Mengapa gejala sosial berleluasa sedangkan kita Negara islam? Patutkah semua ini berlaku? Adakah negara kita benar-benar maju rohaniah dan jasmaniah?
Mutakhir ini kita dapat lihat gejala sosial berleluasa dikalangan remaja Negara kita, mat rempit bebas berkeliaran, mat dadah merata kita lihat umumnya masyarakat islam, pasangan remaja tanpa segan silu lagi berdua-duaan bermadu asmara. Semuanya ini adalah perosak agama dan perosak bangsa tetapi kenapa gejala ini tidak dapat diselesaikan sedangkan pemimpin-pemimpin kita majoritinya orang islam.
Mari kita tengok ape yang ada dalam Negara kita, kita ambil contoh hiburan , sedarkah anda ditelevisyen sekarang berbagai program realiti tv dipertontonkan, aksi kaum hawa mendendangkan lagu sambil menari dgn membuka aurat semakin berleluasa, sedarkah kita? Inilah menjadi salah 1 punca umat islam dinegara ini lemah dan berbagai gejala yang tidak baik berlaku. Tahukah kita bahawa Allah telah meletakkan martabat wanita itu tinggi tetapi kenapa kita merendah-rendahkan martabat dan maruah wanita dengan program-program realiti tv dan seumpama dengannya.
Inilah yang dinamakan taksub kepada dunia apabila manusia lebih pentingkan dunia dari akhirat, pusat-pusat hiburan berleluasa hingga manusia alpa tenggelam dalam arus dunia. Inikah yang dikatakan Negara islam apabila siaran televisyen penuh dengan hiburan yang melalaikan, apabila terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang berunsurkan maksiat, apabila Negara mempunyai kilang arak,apabila hukuman yang dijalankan tidak berlandaskan Hukum Allah, inikah Negara islam yang kita harapkan dapat membimbing kita kepada kebenaran?fikir-fikirkanlah..
Ini semua adalah asbab dari pengaruh barat iaitu yahudi, mereka telah mengubah mentaliti umat islam kearah acuan mereka, sehinggakan pemimpin-pemimpin Negara islam sendiri tidak dapat berbuat apa-apa menentang kemungkaran, yang mereka dapat lakukan adalah pembangunan jasmaniah semata-mata. Memang tidak semua pemiimpin seperti ini tetapi segelintir inilah yang lama-lama akan memakan Negara islam segaligus membuatkan umat islam lemah, maka lagi mudahlah pihak yahudi menjalankan propaganda mereka.
Justeru itu saya mengharapkan agar kita semua umat islam dapat bangun bersatu mengubah dan memperbetulkan apa yang silap samada diperingkat diri kita, masyarakat dan akar umbi kepimpinan kerajaan. Janganlah kita asyik berpeluk tubuh menyaksikan apa yang berlaku tanpa sedikit pun tindakan sekurang-kurangnya dengan rasa benci, kerana itulah selemah-lemah iman..Insyaallah ..
ALLAHUAKBAR!!

Friday, January 1, 2010
Maal hijrah n new year???
Detik jam 12.00 am genaplah tanggal 1 jan 2010,bermakna berakhirlah tahun 2009..berakhirlah kenangan2 2009,segala pahit manis berlalu n tersimpan disetiap jiwa2 manusia,ada yg menangis,ade yg gembira,ade yg berazam n berbagai2 lg. Disaat itu ramai yg menyambutnya dgn penuh rasa gembira sehinggakan sanggup berjaga malam bagi meraikannya. Ada yg sanggup menaiki puncak genting, bersesak di dataran utk menyaksikan percikan bunga api dengan desertakan adegan maksiat pasangan2 remaja yg turut meraikannya, di setiap laman sosial pula seperti facebook, berbagai2 ucapan tahun baru yg dilontarkan,itu belum kira yg berhubungan SMS,call n sebagainya lg. Tetapi pernahkah terdetik difikiran kta sebagai umat Islam,bulan apekah yg menjadi lambg umat islam?tentu sekali bulan2 islam, dan bilakah awal tahun dalam bulan islam?tentu sekali 1 muharram tetapi kenapa kita lebih mengagung2kan bulan masihi?sedarkah kita ini semua adalah salah 1 propaganda yahudi?smpaikan akhbar tempatan ade menyiarkan isu atau kenangan2 yg berkaitan islam dinegara ini sepanjang tempoh 2009,kononnya utk mengingtkan kembali ape yg telah jadi dalam 2009,ape semua ini?tidak salah utk kta ingatkan kenangan n ucapkan new year pd sesiapa pun,malah hendak berazam pun tidak menjadi kesalahan tetapi jgnlah kita melebihkannya dr tahun islam kerana bulan2 islam ini banyak kelebihannya berbanding bulan masihi yg tiada ape kelebihan melainkan peristiwa bersejarah 31 ogos n seangkatan dengannya. Menyambut awal muharram adalah sgt mudah tetapi berapa ramai yg menyambutnya(tidak termasuk sambutan umum negara) n berapa ramai yg ambil tahu tentang maal hijrah n bulan2 islam??Pada kali ini maal hijrah disambut pd hari yg sama dgn new year iaitu hari jumaat n bezanya hanya 2 mggu sahaja tetapi yang sy lihat didalam laman2 soaial tersangat sedikit yg ucap 1 muharram maal hijrah berbanding new year majoritinya berlumba2 n ucapkan tahun baru. Kenapa perlu benda ini berlaku? kenapa ramai yg beazam pd tahun baru masihi berbanding tahun baru islam?x boleh ke kta ubah mentaliti atau budaya kta kearah islam sedikit? saya x cakap negara kta xsambut maal hijrah,tiap tahun negara kta smbut maal hijrah dgn meriah,siap ada tokoh maal hijrah lg mcm hari tu,ulama' yusuf qaradawi yg dpt anugerah tu,sgt meriah tetapi yg saya risaukan adalh mentaliti org kita ini terutamanya remaja,adakah mereka menyambutnya?mentaliti tu pntg,ingatlah saudara saudari sekalian mentaliti kta sekarang sebenarnya telah dijajah oleh yahudi tnpa kta sedari,berbagai2 agenda yg mereka propagandakan sehingga ade yg berunsurkan islam tetapi berselindung disebalik muslihat mereka. Kta sebagai umat islam perlu risau tntg ini takut generasi yg akan datang fikiran mereka dijajah sepenuhnya oleh yahudi n takut generasi akan datang langsung tidak tahu tntg bulan2 islam. Ini tidak mustahil akan berlaku seandainya kta leka dgn arus dunia n tidak peka dgn muslihat yahudi terutamanya dari media elektronik. Saya mengingatkan kepada semua yg membaca post ini termasuk diri saya sendiri yg sering alpa, insyaallah mudah2an kta semua dapat ubah mentaliti ini kpd yg lebih islam agar kta semua dirahmati Allah. Segala kesalahan n kelalaian didalam penulisan saya ini harap dimaafkan,saya hnnya meluahkan apa yg saya rasa melalui pgalamn n sebagainya demi sayang saya kpda islam n ini juga boleh dijadikan muhasabah utk saya n anda semua, Saya juga insan yg lemah n kdg2 tidak sedar terleka dgn propaganda yahudi. Apa yg baik itu dtg dr Allah n yg buruk n salah itu dtg dr diri saya sendiri .sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)