Wednesday, November 28, 2012

Mentaliti 'melayu' islam dan dilema 'kerja kerajaan'

Assalamualaikum, terlebih dahulu syukur kehadrat Allah s.w.t kerana hari ini diberi idea utk update blog yg dah berkurun zaman x diupdate.hehe..dah naik sarang labah2 dh blog ni,lipas pun ada..haha..hari ni aku suka nak berkongsi 1 pendapat atau pandangan yg kiranya agak berguna dan penting utk kita semua lagi2 yg remaja dan belia utk menempuh hari2 mendatang. Saban hari kita melihat dunia ‘Melayu’ ini semakin sempit dan semakin mundur dari banyak aspek. Apa yg aku nak cakap disini adalah dari segi ‘mindset’ dimana aku lihat makin lama masyarakat melayu islam kita ni lebih suka bersenang lenang dan memikirkan nasib sendiri dari fikir nasib masyarakat islam utk hari akan datang. Tgk lah sendiri kita hanya mampu melaungkan ‘itu ini’ tanpa kita berusaha utk merubah nasib kita, xpayah lihat yg jauh2,cukup kita lihat anak muda kita dengan pemikiran mak ayah semuanya mendorong atau menginginkan kerja disektor kerajaan xkira lah apa pangkat janji kerajaan,kata ‘mereka’ masa depan terjamin ada pencen dan banyak ‘benefit’,senang nanti kalau sakit ke apa kerajaan tanggung tanpa ‘mereka’ fikir dan renung diluar sana bangsa apa yg sedang pegang ekonomi negara. Hari ini kita tgk graduan melayu islam kita kebanyakannya berlumba2 isi borang SPA termasuk aku dulu tapi sekarang x dah. Semuanya inginkan kerja kerajaan dan hanya segelintir sahaja yg menceburi bidang perniagaan atau sektor swasta dengan rela hati. Dari respondan yg aku kenal,semuanya kata kerja kerajaan senang buat loan,nanti senang nak beli kereta atau rumah,hanya setakat itu sahaja yg mereka fikirkan setelah 4,5 tahun ‘ditarbiyah’ di institut pengajian tinggi yang kononnya telah bergelar ‘mahasiswa dan mahasiswi’ dgn ada diantaranya mendapat graduan ‘first class’, ptuihh!!. Yg mereka fikir kemewahan semata-mata kerana mereka menganggap ada ijazah atau master mahupun phd itu boleh buat duit,itu sahaja tanpa mereka sedar yg mereka telah diberi tanggungjawab itu memartabatkan islam dengan segulung sijil itu. Hakikat disini sekarang kalau kita lihat orang cina telah mendahului kita tersangat jauh dalam bidang ekonomi walaupun anak mereka dahulunya ‘didiskiriminasikan’ oleh kerajaan utk mendapat pendidikan di IPTA. Golongan atau ‘bangsa’ ini wujud disetiap pelusuk negara sebagai usahawan sedangkan kita menjadi ‘customer’ nya setiap masa sampai kadangkala masa tahun baru cina ‘orang kita’ susah hati kerana ‘mereka’ tutup kedai. Baik bengkel kereta, industri berat,industri makanan,pakaian,alat rumah tinggal lagi peralatan solat je yg mereka belum jual, tapi xmustahil 1 masa akan datang kita akan membeli kopiah di kedai orang cina kalau mentaliti masyarakat kita xnak berubah dan masih ditakuk lama. Dan yang melayu duduk disektor kerajaan pun ada yang dipergunakan oleh bangsa cina utk mendapat tender itu ini dengan bermacam habuan mereka terima,aku bukan cakap kosong tapi ini realiti sekarang yg aku pernah lihat, yg jadi pengarah syarikat di syarikat bangsa cina pun hanya boneka semata2 utk dapatkan projek dan sebagai syarat 'sah' syarikat tu je,x lebih dari itu walaupun datang kerja naik BMW kalah tokey syarikat itu yg datang kerja naik 'hilux' je kadang tumpang anak. Masyarakat yg diluar ni pula yakni org melayu sibuk dengan raja lawak yg kadang mempermainkan agama dan program nyanyi2 yg x tentu hala,yg tengok pun bodoh sama pergi undi habiskan duit yg xberapa nak ada,itulah rutin masyarakat kita.
Sedarlah kita bukan lagi berada di awal kemerdekaan negara tetapi sudah setengah abad berlalu dan negara ini bukan lagi hak ‘mutlak’ orang melayu tetapi sudah menjadi hak ‘1 malaysia’ dimana sesiapa sahaja berhak dapat hak atas nama rakyat malaysia, kita xboleh lagi bergantung harap pada kuasa2 raja melayu kerana itu bukan cara islam mendapatkan sesuatu hak atas kuasa seseorang tanpa seseorang itu berusaha mendapatkannya. Islam tidak pernah mengajar umatnya menindas orang lain atau kaum lain utk kepentingan peribadi atau kaum sendiri. Kita perlu berdiri diatas kaki sendiri,diatas landasan islam kalau kita nak maju. Apa erti kuasa seseorang ‘melayu’ itu kalau hakikatnya menyeleweng dan ‘merompak’ amanah yg telah diberikan, adakah terdapat redha Allah disitu?? Sama-samalah kita renungkan. Akhir kata, aku hanya dapat berikan pandangan sahaja kerana aku sendiri bekerja di syarikat bangsa cina ni dan aku dapat lihat culture mereka jauh berbeza dari kita,walaupun mereka tiada akidah tapi cara mereka bekerja dan berfikir memang ‘first class’ walaupun tersangat penat kerja dengan mereka tapi itulah kunci kejayaan mereka. Tiada istilah 8am to 5pm, tiada istilah ‘bergossip’ di ofis, tiada istilah relax2, yg mereka fikir bagaimana mereka nak hidup utk 10 tahun lagi atau utk anak cucu mereka nanti. Kadangkala timbul rasa malu dengan kerajinan mereka kerja sampaikan manager aku yg berbangsa cina sendiri cakap kerja yg paling ‘tough’ ialah kerja dengan ‘chinease man’, aku hanya mampu mengangguk sahaja kerana apa yg dia kata itu benar tetapi aku ingat last ‘word’ dia cakap ‘for army,malay is a tough one’. Sama-sama kita renungkan, sekian terima kerana sudi membaca entry ini.

Saturday, April 16, 2011

Realiti kehidupan

Assalamualaikum..ntah mcm mana hari ini aku terasa nak update..ah silap,kemaskini patutnya..(xde guna pkai bahasa inggeris utk suka2),ok lupakan semua itu, hari ini aku nak bawakan imej penyampaian yang lain dari yang lain..kalau dahulu aku suka gaya islamik tapi hari ini aku nak bawa gaya santai yang realiti punya..seperti cerita ‘kembara seniman jalanan’ tahun 1986 yg menggambarkan imej sebenar kehidupan ..

Ok la,tanpa melengahkan masa aku nak kongsikan sikit soal realiti kehidupan, kalau kita lihat sekarang orang semua pentingkan imej,biar la ape keje pun,apa pangkat pun,apa cara pun semua pentingkan imej,sampaikan aku pergi kedai gunting pun si tukang gunting sebut pasal imej dan tegur imej aku.. dari yg kerja pejabat hingga ke tukang sapu semua hendak glamor dan bergaya walupun hakikatnya yang kerja pejabat itu pun hanya berpakaian smart tapi bila sampai di ofis hanya beberapa kerja yg dibuat,selebihnya sibuk berakses internet terutamanya facebook termasuklah aku bila tension dengan lukisan yg aku buat..mana kejujuran kita setelah dipertanggungjawabkan oleh bos utk buat kerja..kadang aku terfikir apakah aku makan ini hasil dari sumber yg haram??ramai yg tak sedar tentang ini kononnya xmencuri itu dan tidak makan rasuah itu sudah cukup baik tapi kalau diupah tapi tidak buat kerja seperti yg ditetapkan,adakah itu baik?tepuk dada ubah mantaliti.



Sudah berapa lama kita dijajah dahulu,dari zaman inggeris ke zaman jepun dan dari zaman jepun ke zaman inggeris lagi dan dah merdeka masih lagi dijajah oleh bangsa bukan seagama..apa ini semua?aku tak suka cakap ‘mari kita bela melayu’ tapi aku lebih suka ckp ‘mari kita bela islam’..memang lari topik aku ni dari yang atas tadi tapi yang aku nak maksudkan disini kita dari segi pemandangan aku kita sering hipokrit tapi tak ada apa pun yg kita hasilkan sehingga bangsa cina mengeksplotasi ekonomi kita..sibuk politik sana sini tapi bila nak makan cari jugak kacang ‘ngan yin’ cap tangan,cari jgk sardin ‘tc boy’ dan macam2 lagi,mintak maaf la kalau aku tersalah sebut jenama tapi aku rase korang faham maksud aku..

Aku tahu semua orang ada cita2 dan haluan hidup sendiri,masing2 punya hak dan masing2 punya rasa..setiap orang berusaha untuk hidup,penagih itu sendiri pun berusaha utk hidup dan bahagia sekalipun mereka pilih jalan yg salah.aku tak tahu apa yg aku cakap tapi yang aku tahu dunia skang banyak ‘DRAMA’ yg aku sendiri pun dah jemu melihat..masing2 bawak cerita masing2 utk dipertontonkan di skrin layar,xkira la layar perak ke layar emas tapi masing2 berpusu seperti semut merah,semua ingin menuju puncak,bukan puncak keimanan tapi puncak akademi fantasia..apakah ini?apakah bahagia mencari rezeki dengan tidak memberi apa2 faedah baik kepada manusia??jurutera perah otak mencipta mesin teknologi untuk kemudahan umat manusia,mereka buat benda betul tapi ‘pelajar-pelajar’ akademi fantasia kaya dan pakai kereta mewah dengan usaha apa??

Pejuang-pejuang islam sibuk melaungkan suara perjuangan,keringat pahlawan,airmata keinsafan demi memartabatkan islam tapi segelintir manusia sibuk perjuangkan suara-suara ‘neraka’ utk diperdengarkan. Aku bukan ahli pemikir,tidak juga sebagai pendakwah,dan bukan juga sasterawan negara tapi aku ada cara aku,aku juga ingin bahagia tapi kita semua,sekali lagi diulang, ‘KITA SEMUA’ mesti ikut lunas-lunas hidup yg ditetapkan oleh islam,lu nak ikut cara apa lu punya suka janji didalan batasan islam, tidak perlu hipokrit kerana yg Empunya langit dan bumi maha mengetahui apa yg kita lakukan..apa guna pakai cantik-cantik tapi hati kotor,pakaian boleh dibeli brader tapi hati tak boleh..

Aku pernah jumpa brader mekanik, baikpulih pintu kereta aku..pakai biase je,merendah diri,kerja jujur,walaupun org indonesia tapi aku hormat cara dia dan sejujurnya aku tidak pernah jumpa mekanik seperti dia..semoga aku doakan bengkel dia bertambah maju,mudah-mudahan..

Ok la,setakat ini dulu coretan aku kali ini,apapun ingat!! mentaliti kita kena ubah kalau kita nak lihat malaysia membangun bersama islam(aku xmksdkan politik sbb aku tgk masing2 sama sahaja) tapi aku maksdkan masyarakat,janganlah asyik nak popular dan kaya sahaja,fikrlah apa perjuangan kita kpd negara dan yg lebih penting kepada ISLAM..semoga sinar mentari menyinari kegelapan alam kupura-puraan..sekian salam dunia,salam perubahan..

Friday, December 31, 2010

Hargailah rezeki Allah

Assalamualaikum..lama rasanya tidak berbicara disini setelah 2 bulan berhijrah mencari rezeki. Kadang kala terfikir juga bila kita didatangi kesenangan kita leka dengan apa yg kita lalui sebelum ini, seperti saya juga apabila sekerang hidup dikota yg penuh cabaran ini terkadang alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang khalifah kerana asyik leka dengan kerja,kereta dan keseronokan. itulah manusia tetapi Allah tidak pernah menutup jalan atau menyekat seseorang untuk kembali pada-Nya. Sedarlah kita bahawa kengkadang walau apa yang kita buat,kita masih mendapat perlindungan daripada Allah,itu tanda Allah sentiasa menyayangi hamba-hamba-Nya.

Hari ini genap 2 bulan saya disini di subang,shah alam utk mencari rezeki, susah senang suka duka semua telah saya lalui dan apabila saya muhasabah diri, ketahuilah bahawa Allah tidak pernah membiarkan hambanya menderita walaupun kehidupan disini ada pasang dan ada surut. Rezeki Allah itu luas dan tidak pernah putus cuma kengkadang ia menduga dengan sedikit kesusahan utk melihat kesabaran hamba-Nya. Tetapi kengkadang kita sukar utk bersabar kerana hati telah hilang cahaya dek keseronokan dan terikut-ikut dengan budaya zaman kini.



Rezeki yg dikurniakan Allah bukanlah utk dibelanjakan kepada jalan yg lagha atau maksiat namum disebalik rezeki itu ada hak insan lain yg perlu kita sama-sama kongsi atau yg perlu kita infakkan ke jalan yg benar. Sebagai contoh apabila kita dikurniakan apa-apa rezeki seperti kenaikan gaji,wang ringgit atau sebagainya kita hendak menggunakan kepada yg perlu sahaja dan kalau hendak berbelanja pun berpadalah sekadar yg perlu dan lebih elok sedikit daripada rezeki itu kita laburkan pada saham akhirat(bersedekah), kerana Allah tidak akan membiarkan org yg bersedekah kehabisan punca rezeki,jadi xperlulah risau tentang itu. zaman sekarang ramai yg sanggup berhabis demi kemewahan dan sukar utk melihat org yg berhabis demi menolong org,bersedekah dan perjuangan atas dasar islam.

Apa yg perlu kita ingat hanya 1,bahawa Allah itu punca rezeki dan kerana Dia lah kita makan,kita minum,kita senang dan kita susah. Jadi sementara senang inilah berbuatlah sebanyak mungkin amal sebelum kita jadi susah..wallahualam.

Thursday, October 28, 2010

Ibu dan ayah, pengorbananmu seluas lautan..

Assalamualaikum..
Sudah setahun saya ber'blogging' dan sudah genap setahun jugalah saya menganggur tp rezeki Allah itu luas,utk hambanya tidak lain dengan kasih syg serta hikmahnya saya telah pun dikurniakan rezeki iaitu kerja. Tetapi sayu juga hati ini apabila terpaksa meninggalkan ibu dan ayah yg telah lebih separuh abad usianya namun demi rezeki dan demi cita2 dan impian,saya tiada pilihan tetapi tidaklah bermaksud ingin meninggalkannya untuk jangka masa panjang,cuma sekadar mencari pengalaman.

Itulah, permulaan pun dah macam suram saja bunyinya entry ini, tapi saya ada sesuatu yg hendak disampaikan utk rakan-rakan semua. Cuba anda bayangkan setelah 20,23,21,19,18 tahun anda semua dijaga,ditanggung oleh ibu bapa, berapa bykkah harta mereka,masa mereka habis utk membesarkan anak2nya demi melihat anaknya senang dimasa akan datang??tidak terbayar rasanya untuk semua itu. Tapi mengapa zaman ini ada anak-anak yg sanggup melupakan ibu bapanya, ramai yg tidak sanggup berkorban utk ibu bapanya krn kerjaya,kekasih dan sebagainya. Pelik sungguh bunyinya tapi itulah realitinya yg saya nampak, bukan hendak kata kerana ibu bapa kita tidak boleh maju,tapi maksud saya cubalah fikir sejenak bagi mereka yg mempunyai ibu bapa yg telah tua, apakah Allah jadi dimasa tua mereka untuk hanya berdua atau sendirian menanggung kesedihan serta menongkah arus mencari rezeki? tentu sekali tidak kerana Allah itu tidak kejam tetapi kita sebagai anak kdg2 tidak sedar tentang itu setelah setiap bulan menerima 1-2k atau lbh sedangkan apakah yg ibu bapa kita mkn kalau kita tinggal berasingan darinya.

Apa yg saya nak sampaikan ini tidaklah ilmiah manapun tetapi kesedaran sementara saya dan mereka2 yg masih mempunyai ibu bapa, apakah sanggup kita membiarkan dihari tua mereka bersendirian, sedih dan sepi?? tanyalah hati anda kerana setiap yg anda kecapi sekarang ini hasil daripada mereka yg bersusah pyh membesarkan anaknya..begitulah juga anda apabila tua nanti,adakah ingin hidup sebegitu juga?tentu sekali tidakkan, jadi bagi saya, setiap ibu bapa harus dibela waktu tuanya setelah penat lelah mereka membela nasib kita diwaktu mudanya, sama2lah kita doa bagi mereka yg masih mempunyai ibu bapa atau tidak semoga ibu bapa kita ditempatkan disyurga kelak,insyaAllah..amin..sekian..

Wednesday, October 13, 2010

Apakah yg dikatakan kemajuan??

Assalamualaikum..Alhamdulillah baru balik dari ‘interview’ di kuala lumpur. Sekarang ini saya berada di kampung semula, setelah 2 hari di k.l, bermacam-macam ragam manusia yg saya lihat, maklumlah sudah 1 tahun tinggalkan k.l semenjak tamat universiti. Kali ini saya ingin membicarakan topik ‘kemajuan’ kerana hampir semua kawan saya mengatakan saya ini seorang yg kolot,tidak maju dan ketinggalan zaman.

OK,saya tidak berniat apa-apa,Cuma disini saya ingin jelaskan sedikit kemajuan yg sebenar yg dituntut dalam islam kerana ramai diantara kita yg keliru dgn kemajuan yg dibawa oleh yahudi laknatullah dengan kemajuan islam sebenar. Pertama sekali saya nak tanya anda semua adakah berkereta mahal,duduk dikediaman mewah, mengikut trend kota, mendengar lagu barat, menonton wayang, berpasangan itu dikatakan kemajuan??? Adakah itu sebenarnya yg dituntut dalam islam?? Sedangkan islam sekarang ditindas pihak yahudi,sedangkan yahudi telah menyelinap segala budaya mereka utk menjahanamkan akidah umat islam. Adakah anda semua sedar hal ini?? tanyalah diri dan iman masing-masing.

Sebenarnya kemajuan yg dituntut dalam islam ialah kemajuan rohani dan sahsiah disamping kemajuan jasmani. Kita perlu seimbangkan kedua-duanya tetapi hendak tahu apakah dan bagaimanakah kemajuan jasmani atau material yg sebenar dalam islam. Saya ingin jelaskan disini bahawa kemajuan material yg sebenar ialah kemajuan dari segi teknologi yg boleh mengalahkan teknologi pihak bukan islam dimana dengan mempunyai teknologi ketenteraan contahnya, ia dapat menggerunkan pihak musuh islam. Bukan dari segi ketenteraan sahaja tetapi dari segi kemajuan teknologi dalam kehidupan tetapi bukannya teknologi hiburan seperti yg anak muda sekarang gilakan, itu tidak lain hanya dapat melalaikan umat islam. Dari segi automobil juga tidak salah utk memiliki teknologi secanggih manapun malah dituntut dalam islam kerana ianya boleh manaikkan nama islam dimata dunia tetapi bukanlah utk bermewahan,utk hebat dijalanan atau utk bergaya,ianya salah dari konsep kemajuan sebenar walaupun islam tidak pernah melarang umatnya memilih cara hidup yg bagaimana sekalipun asalkan ianya diredhai. Selain itu, banyak lagi kemajuan yg boleh kita kecapi tetapi perlu ingat,janganlah sampai kita lalai dan kita leka dengan kemewahan dunia serta kita kena sentiasa ingat semua ini milik Allah.

Disini saya amatlah berduka cita apabila saya lihat trend anakmuda sekarang yg kebanyakan tidak lagi mengamalkan cara hidup islam apatah lagi hendak mengikut sunnah rasulullah. Susah untuk saya lihat rakan-rakan saya terutamanya dan umumnya anak muda bersolat, seolah-olah solat itu tiada apa-apa dan seolah-olah mereka tidak takut pada Allah dan itu dikira normal pada zaman ini kerana ada yg lagi dasyat yang ramai mengamalkan cara hidup barat dengan melakukan hubungan bebas lelaki perempuan sehingga saya sendiri amat sukar utk hidup dibandar kerana rata-rata bila menanyakan ada rumah kosong atau tidak ramai yg ckp ada tetapi bawak balik perempuan kerumah adalah perkara biasa,masyaAllah.. tidak cukup dengan itu,trend berseluar pendek bagi lelaki adalah biasa yg sekarang orang anggap sebagai trend santai. Itu tidak termasuk lagi yg perempuan,ramai yg tutup aurat tetapi lbh teruk dari tidak tutup aurat. Saya benar-benar sedih tetapi hendak ditegur saya tidak mampu,yg mampu hanya berdoa pada Allah semoga diberikan hidayah pada mereka terutamanya rakan-rakan saya.

Oklah, setakat ini dahulu utk kali ini,kalau ikutkan memang banyak lagi yg nk dibicarakan tetapi mungkin boleh utk lain kali,sekian sekiranya ada salah silap dalam penulisan saya,saya mohon maaf..semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan yg diredhai Allah..sekian
ALLAHUAKBAR!!!

Wednesday, September 29, 2010

soal perkenan atau tidak doa kita oleh Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum..lama rasanya tidak ber'blogging'..tapi hari ni saya ada 1 entry yg agak bagus untuk dikongsi dengan anda semua, tajuknya ialah "soal kemakbulan doa". Sejenak saya fikirkan, kadangkala saya rasakan seperti susah untuk Allah memakbulkan doa dan kadang-kadang hingga mengeluh tetapi setelah membaca sedikit pengisian daripada dr asri di laman webnya http://drmaza.com/ barulah saya faham dan dapat rasakan sedikit kekuatan bila memahami hujah dari ayat suci al-quran.

Disini saya hendak nyatakan mungkin diluar sana ramai yg tertanya-tanya mengapa doa ada diantaranya susah utk dimakbulkan dan kadangkala tiada lansung pun hasilnya. adakah Allah menolak doa kita?? sedangkan Dia yg menyuruh kita berdoa pd-Nya. Sebenarnya tidak sama sekali Allah menolak doa hambanya yg berdoa kepada-Nya kerana ini ada hujah dari al-quran, Allah sendiri berfirman:

(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).




Soal berhasil atau tidak doa itu usahlah kita persoalkan kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk hamba-Nya dan Allah akan memperkenankan doa setiap hamba-Nya selagi asalkan kita tidak putus asa terhadap-Nya. ini dibuktikan melalu hadis nabi s.a.w berbunyi:

Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah . Ditanya baginda : Apa itu tergopoh-gapah ? . Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa (Riwayat Muslim).


Tetapi ada juga kadangkala perasaan buruk sangka apabila berdoa tetapi doa semacam tidak nampak hasil pada kita tetapi ketahuilah sebenarnya dalam kita tidak tahu Allah telahpun memperkenankan doa kita,cuma masanya sahaja berbeza kerana Allah tahu segala yg akan berlaku, seperti riwayat hadis nabi s.a.w:

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).


Kesimpulannya, kita perlu sabar utk menanti saat kemakbulan doa itu kerana kita akan dapat merasakan kemanisannya selepas doa kita dimakbulkan cuma kadangkala kita sebagai insan biasa ini tidak mampu atau tidak tahan menanti, itu lumrah kerana saya sendiri pun kadangkala begitu cuma kita perlulah dekatkan diri pd-Nya untuk mendapat ketenangan dan petunjuk dari-Nya. insyaAllah, semoga kita semua tergolong dalam golongan yg diredhai.

disini saya selitkan sedikit penulisan dr asri dari webnya,sama-samalah kita hayati semoga memberi manfaat pada kita, insyaAllah

Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum..terasa sayu hati kali ini kerana baru sahaja ramadhan meninggalkan kita namun apa daya dah memang waktu begitu. Kali ini, saya betul-betul sebak setelah 30 hari menempuh ramadhan yg tiap malam diisi dgn ibadah dan menginsafi apa yg telah dilakukan selama ini tapi apapun esok hari raya, jadi tak elok kalau kita bersedih..hmm, saya xsempat nak letak wallpaper kerana sibuk sangat hari ini dengan persiapan raya..jadi saya nak ucapkan selamat menyambut aidlfitri,hari kemenangan umat islam..

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di Aidil Fitri,
entry dipost pengganti diri,
tanda ingatan tak layu dihati.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATHN"