Monday, August 30, 2010

merdekakah kita rakyat Malaysia??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamaualaikum..tengah-tengah sibuk menjalani ibadah puasa ni lagi-lagi utk 10 malam terakhir ni, kita dilaungkan laugan merdeka yg menjadi rutin setiap tahun akan disambut. Cuma kali ini lain sedikit kerana sambutannya dibuat didalam stadium tertutup,maklumlah berpuasa,ramai yg tak larat nk kawat tengah panas ni.

Setiap tahun kita sambut merdeka yg kononnya ‘merdeka’ tp adakah hakikatnya kita merdeka..ya,saya akui kita merdeka jajahan kawasan namun saya tidak rasa kita merdeka mental sekalipun pemerintahan kita pun kalau dilihat kita belum lagi merdeka kerana kita ibarat ‘menyambung legasi british’ dgn cara pemerintahan yg saya kira belum lagi mencapai tahap islamik walaupun diwar-warkan kita adalah Negara islam.

Dimana kuasa pemerintah disaat Negara dilanda krisis sosial yg amat berat sekali, bukan saya nak salahkan pemerintah sahaja kerana mereka pun mempunyai tugas yg berat, tambah pula fahaman politik Negara yg kadang member jurang yg saya kira menguntungkan kaum non-muslim tapi kalau dah konsert,hiburan pun tidak dapat dibendung,kelab malam tumbuh mcm cendawan,itu apa maknanya,dimana tanggungjawab mereka.

Rakyat sendiri pun saya tgk masih ramai yg belum merdeka dari penguasaan minda DAJJAL KERAJAAN YAHUDI ISRAEL-AMERIKA. Kenapa kita masih nak mendengar lagu mereka?kenapa kita msih nak pakai jenama keluaran mereka? Yg paling penting kenapa kita nak tiru kehidupan mereka sedang islam itu yg terbaik cara hidupnya. Kalau sekarang duduk serumah lelaki perempuan yg tiada ikatan dah jadi lumrah sehingga saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu hal ini..ada yg kawin kerana dah terlanjur, budaya couple dah jdi kemestian..sikit-sikit bf gf nak difikirnya..isu murtad senyap macam tu sahaja sedang gerakan murtad dah semakin berkembang di Malaysia ni. Bukan masa yg sesuai utk berbeza pandangan PAS UMNO, kita patut sama-sama fikir mcmna nak mengekang masalah krisis sosial agama Negara kita ini dan macamna nak tutup kilang arak tu. Saya juga sedar saya bukanlah orang yg layak nak berbicara hal ini tapi saya kira tanggungjawab semua benda ni dan saya harap sgt pembaca dapat naikkan semangat dalam diri tu utk menentang ‘minda DAJJAL’ ini, paling tidak pun berlepaslah diri dengannya sebagai tanda kesetiaan kepada agama yakni islam.


Ya Allah, kuatkanlah diri hambamu ini utk menentang kemungkaran dibumi-Mu ini dan peliharalah islam daripada DAJJAL YAHUDI LAKNATULLAH..aminn..

Kawan-kawan, takbir ! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!

Biar musuh memutih dibumi..
Namun undur TIDAK SEKALI!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE-53

Friday, August 20, 2010

Teladan sejarah 'Air mata Ar-raji’'

Air mata Ar-raji’, suatu lambang pengorbanan pejuang agama sejati tanpa sebarang persiapan perang, hanya berbekalkan ilmu agama utk disampaikan kpd kaumnya sendiri iaitu qabilah ‘Adal dan Qarah namun dikhianatinya atas dorongan dan galakan musyirikin mekah. Ya Allah betapa hebatnya mereka diseksa hingga ada yg syahid.

Namun dengan akhlak rasulullah yg dibawa oleh pendakwah-pendakwah tersebut, dengan kecekalan serta semangat jihad yg ada pd diri mereka terutamanya ‘Asim bin Thabit, Khubaib bin ‘Adi, Abdullah bin Tariq dan Zaid bin ad-Dasinah telah membawa imej kesungguhan mempertahankan kesucian islam sehingga mereka syahid..Allahuakbar.. xtergambar rasanya betapa peritnya mereka-mereka para pejuang menegakkan agama Allah ini.

Saya bukannya nak menceritakan sejarah ini dengan panjang lebar namun cukup saya gambarkan yg perisitiwa ini betul-betul melambangkan satu perjuangan dan pengorbanan yg rasanya sungguh elok utk kita contohi dalam kehidupan seharian kita dimana dakwah islamiah harus diteruskan walau apa keadaan sekalipun dan kelembutan dalam berdakwah lebih berkesan daripada kekerasan sepertimana nabi kita menyuruh setiap keburukan itu mesti dibalas dengan kebaikan dan sentiasa berbuat baik dengan org walaupun org itu menyakiti kita.

Namun hari ini kalau kita lihat bukan setakat berdakwah, utk menegakkan islam dlm diri sendiri pun sukar , tgklah dengan keadaan sekarang, dibulan ramadhan inipun masih ada lg yg kena tangkap atas kesalahan meminum arak,berjudi dan sebagainya..Ya Allah, xtau la nak cakap apa lg sedangkan utk menegakkan islam ini nabi kita dan para sahabat serta pejuang-pejuang sanggup berperang dibulan ramadhan ini iaitu dlm peperangan badar, kalau mereka tak buat begitu, rasanya xsampai islam tu kat bumi Malaysia ni tp dengan apa kita hargainya?? Adakah dengan pendedahan aurat? Pergaulan bebas? Buang bayi? masyaAllah, susah pyh pejuang-pejuang zaman rasulullah berperang demi nak meluaskan empayar islam hinggakan dahulu rom, sepanyol, turki semuanya jajahan islam tapi tgk apa yg telah terjadi pada Negara-negar a itu sekarang, sekalipun turki yg islam tu telah dipesongkan oleh kamal ar-tartuk(bapa pemodenan turki). Saya seru kepada sahabat semua termasuk diri saya, marilah kita sama-sama tanamkan azam utk menegakkan islam, kalau xdpt byk sikit pun jadilah dan kalau xdpt buat utk org lain, utk diri sendiri pun dah kira oklah tu. Sesiapa yg baca post ni,tlg ye demi islam dan demi umat islam di Malaysia ni, semoga kita sama-sama dirahmati Allah..ALLAHUAKBAR!!

Tuesday, August 10, 2010

Asas kapal terbang tercipta dr tamadun islam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Assalamualaikum.. entry kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang sejarah penciptaan ilmu penerbangan iaitu kapal terbang yg pernah saya pelajari dlm mata pelajaran ‘asas aeronautik’ semasa menuntut di UTMKL dahulu dalam bidang mekanikal (aeronautik).

Seperti yg ramai ketahui kapal terbang yg pertama dicipta oleh wright bersaudara (orville wright dan Wilbur wright) namun ilmu tentang penerbangan iaitu asas aeronautik itu telah di kaji dan ditemui oleh ibn firnas. Dalam bidang aeronautik, asas utamanya adalah aerodinamik dimana daya angkat diperlukan utk mengangkat pesawat itu sendiri dan dari situ terciptanya sayap(wing) berbentuk airfoil dimana ada perbezaan tekanan antara atas dan bawah sayap serta daya tujah bagi menggerakkan pesawat itu sendiri.





Abbas Ibn Firnas merupakan salah seorang pakar sains Islam yang meninggal pada tahun 888. 'Abbas Ibn Firnas, atau 'Abbas Qasim Ibn Firnas merupakan Berber Spanyol kemanusian (humanitarian), teknologis, dan ahli kimia.

Pada tahun 852, di bawah Khalifah bernama Armen Firman memutuskan untuk terbang dari menara di Cordova. Dia melayang kebumi, menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya. Dia terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas yang masih muda hadir dan menyaksikannya.

Ibn Firnas terbabit dalam pelbagai usaha. Dia mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Dia menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata. Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir, dan dia menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia juga memajukan proses bagi memotong kristal batu. Sehingga masa itu, hanya orang-orang Mesir tahu cara mengilap kristal. Dengan itu, Sepanyol tidak lagi perlu mengeksport kuartz ke Mesir, tetapi mampu menyiapkannya sendiri.



Pada tahun 875, Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu. Kematiannya, hanya dua belas tahun selepas itu, mungkin sedikit sebanyak diakibatkan oleh kecederaannya.
"Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying."
—Philip Hitti, History of the Arabs.

Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibn Firnas, seribu tahun sebelum Wright. Libya mengeluarkan stem sebagai menperingatinya. Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya. Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya.

Selepas ibn firnas, byk pakar-pakar aeronautik yg muncul contohnya Montolgofier bersaudara yg mencipta belon udara panas menggunakan konsep Archimedes. ‘Glider’ juga telah dicipta oleh George cayley menggunakan lakaran ‘inventor’ terkenal iatu Leonardo da vinci’s dan beliau juga telah dikenali sebagai ‘father of aviation’ namun sebenarnya konsepnya terdahulu ibn firnas telah menciptanya. Namun kapal terbang yg sempurna yg mempunyai kuasa ‘daya tujah’ telah dicipta oleh wright bersaudara.



Hari ini sudah canggih kerana byk pesawat, jet serta roket dicipta menggunakan berbagai-bagai enjin, ada yg menggunakan enjin lejang, turbojet, turbofan, ramjet dan mcm-mcm lg. jenis sayap pun berbagai-bagai contohnya ‘biplane’, ‘delta wing’, ‘wing mounted engines’ dan lain2 termasuk airfoil yg dicipta dengan berbagai jenis contoh NACA 4 siri, 5 siri dan 6 siri serta termasuk airfoil simetri dan ‘clark-y’.

Salam Ramadhan..



Salam Ramadhan diucapkan..
bulan rahmat penuh keberkatan..
jauhi maksiat penuhkan amalan..
semoga dapat meneguhkan iman..

bulan ramadhan bulan berpuasa..
jagalah adab dan lidah berbisa..
semoga dpt sama-sama hindarkan dosa..
dibazar ramadhan jgnlah terpedaya..

Sunday, August 8, 2010

Zuhud akan dikasihi Allah

Assalamualaikum w.b.t..

DUNIA.. apa yg anda tahu tentang dunia?? N apa yg anda inginkan pada dunia?? Pastinya ramai yg menjawab dunia adalah tempat kita hidup n di dunia juga adalah medan utk mencari harta n bg mereka yg kuat iman skit, mereka akan katakan dunia tempat utk beramal. Walau apapun pandangan kita, dunia tetap Allah jadikan utk menguji keimanan hamba-hamba-Nya dgn apa cara sekalipun kehidupan kita asalkan mengikut lunas-lunas islam.

ZUHUD..what the means zuhud?? N apa kaitannya dgn dunia?? Zuhud bererti menjauhkan diri dari harta-harta kemewahan dunia tetapi bukanlah bermaksud meninggalkan dunia hinggakan tidak memiliki langsung harta dunia, menolak teknologi n sehingga miskin n dipandang hina oleh masyarakat. Zuhud dlm konteks ini bermaksud menggunakan harta hanya sekadar keperluan sahaja walaupun kaya kerana selebihnya dibelanjakan ke jalan Allah. Zuhud pada zaman nabi sering diungkap kepada umar bin abdul aziz yg merupakan seorang pemimpin yg tidak langsung bermewah malah hanya menggunakan harta sendiri bukan harta milik negara, zuhudnya beliau didorong oleh anaknya abd malek bin umar seorang pemuda yg baik akhlaknya..



Tetapi masyarakat hari ini berlumba2 dalam mencari harta dunia utk memiliki sesuatu contohnya kereta. Ada yg sanggup ‘ikat perut’ utk beli kereta baru walhal sudah mempunyai kereta. Begitu juga rumah, jarang hari ini kita dpt lihat rumah yg sekadar biasa n tidak lebih selain keperluan, yg ada hari ini rumah2 semua bagaikan syurga sampaikan apabila berada didlmnya lupa akan insan lain di luar yg kurang bernasib baik..masyaAllah..
Orang sekarang pantang melihat apa yg orang lain miliki, mulalah ada rasa iri hati n ingin lawan sdgkn org yg zuhud skit pun tidak peduli tentang itu krn mereka menganggap itu semua adalah hak Allah yg cume dipinjamkan sementara sahaja. Kalau dilihat di tv, rancangan dekorasi2 rumah ‘bersama eric’ yg sememangnya membuat org lebih cintakan dunia namun islam tidak larang itu semua asalkan tidak bercanggah dgn hukum tetapi nilai zuhud tu yg saya nk gambarkan dan mana kehebatan islam itu sendiri jika umatnya tidak dpt melawan hawa nafsu kepada perkara-perkara dunia n masing sibuk bincangkan hal harta dunia sedang dunia dilanda krisis, makin mudah la pihak yahudi masuk jarum kalau mcm tu. Umat islam kini ramai yg tidak tahu apa itu zuhud sedang zuhud adalah 1 amalan yg membuatkan Allah kasih kpd kita. Ini bertepatan dgn hadis:

عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي t قال: (( جاء رجل إلى النبي e فقال: یا رسول
الله! دلني على عمل إذا عملتع أحبني الله وأحبني الناس. فقال: ازهد في الدنيا یحبك الله،
وازهد فيما عند الناس یحبك الناس )) حدیث حسن رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة.

Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik ( Hadis ini adalah daripada riwayat
Khalid ibn ‘Umar dan al-Qurasyie daripada Sufian daripada al-Thauri Abu Hazim daripada Sahl. Al-Imam Ahmad berkata
berkenaan dengan Khalid : Dia adakah orang yang mungkar dalam riwayatnya, dia meriwayatkan cerita-cerita batil. Ibnu
Ma‘in pula berkata dia adalah pendusta. Saleh ibn Muhammad dan Ibnu ‘Adie menghubungkannya (Khalid) sebagai orang
yang mereka-reka hadis palsu. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-
Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku
suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda
bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa
yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.

Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah
membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan
hati dari mengingati perkara dunia.
(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa
yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan
bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat
dilarang.
(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah
tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya
memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman
ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda
selainNya.

sekian,semoga dapat sama-sama kita ambil iktibar dari hadis ini termasuklah peringtan utk diri saya sendiri. Wallahualam.

kenapa 'SYJ kembali' dipilih sebagai nama blog ni???

Assalamualaikum..mesti ramai yg tertanya-tanya selama ini mengapa saya memilih nama blog saya ni 'SYJ kembali' berserta slogan 'pabila cinta bersemi,dosa usah kau hampiri' sbb dari pengamatan saya mesti ramai yg tersalah masuk blog ni kerana yg dicari SYJ tu tiada pun dalam blog ni.hehe..

Baiklah,nama SYJ tu saya ambil sempena nama salah sebuah band rock kapak yg wujud pd tahun 1985-1992 di manjoi,perak. Dulu saya merupakan salah seorang peminat tegar rock kapak terutamanya SYJ lah, boleh kata dari A-Z, saya dah dgr dan ada koleksinya sebanyak lbh kurang 10GB juga dlm kaset lama-lama dulu tapi malangnya semua koleksi mp3 tu semuanya hilang kerana external hard disk bermasalah n xboleh bkk langsung lalu terpaksalah format..huhu..takpelah,mungkin itu hikmah dari Allah s.w.t yg nak kan saya berhenti atau kurangkan berhibur,kalau xdulu 24 jam asyik dgn rock kapak je..hehe..



Ok, berbalik pd SYJ td, SYJ tu berasal dari nama pengurus band tu sendiri iaitu syed yusof jamalullail yg pernah popular sekitar tahun 70,an bersama artis2 pop yeh-yeh lain. Tetapi masuk tahun 80'an dia serahkan band tu pada anaknya n dari situ la mulanya irama rock n roll bersama 'line-up' amir,man rani,zamri,syed eduat(arwah).
Nama 'kembali' tu pulak berasal dari album diorang yg berjudul kembali serta slogan 'pabila cinta bersemi,dosa usah kau hampiri' tu dipetik dr salah sebuah lagu diorang jgk.

Ok,kenapa pulak saya pilih nama tu sedangkan blog ni berunsurkan islam?? sebenarnya ia melambangkan diri saya dulu yg minat rock kapak 'SYJ' dan kini berubah utk sedikit sebanyak kepada benda-benda berkaitan islam 'kembali'. Sesuai dgn slogan tu kerana apabila cinta kpd Allah n islam bersemi, seharusnya dosa kita jauhi. Lagi 1,sbg tujuan adalah utk menggalakkan org lebih ramai tersalah masuk blog ni yg kononnya nk tau pasal SYJ atau nk download lagu SYJ,sekurang2nya diorang boleh bace sedikit sebanyak tazkirah,fakta dr hadis dan kate luahan saya yg berunsurkan islam..semoga anda semua berpuas hati dengan penerangan ini..sekian..:P

Saturday, August 7, 2010

jihad melawan hawa nafsu adalah tuntutan iman

Beratap langit tujuh..
sujud jua sejuta tubuh..
dosa noda pasti tersentuh..
menjelang ramadhan bulan penuh keberkatan.

Assalamualaikum..sedar xsedar sudah hampir ramadhan, bermakna seluruh umat islam akan berpuasa tetapi bagaimana dengan iman dan nafsu kita? kebanyakan ramai yg kurang mengekang nafsu waktu berbuka dan kadang kala termasuk la diri saya sendiri. Apa yg saya kesal disni bila tgk bazar ramadhan tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan tp xsalah semua tu kerana nak mencari rezeki tp yg salahnya kita sibuk dengan juadah berbuka sedangkan puasa tu adalah satu ibadah tp bila ptg semua bertumpu di bazar dan saya rasa mcm tidak sesuai dgn menamakan bazar ramadhan mencemarkan nama ramadhan itu sendiri.

Apa yg saya nak sampaikan pada kali ini berhubung dgn tuntutan iman iaitu mengekang hawa nafsu. Menunduk hawa nafsu perlu bagi orang-orang yg beriman. saya lebih utamakan pada golongan muda lagi2 yg remaja kerana zaman kini gejala 'couple' amatlah berleluasa saya tgk. Tidak cukup dengan hanya 'berdating' malah ada yg sampai melakukan adegan 'ringan-ringan' dan sehingga yg terlanjur pun ramai. Pernah saya ulas topik ini dalam post lepas-lepas yg bertajuk 'couple perosak iman pelemah jiwa'. Memang betul pun kerana orang yg beriman seharusnya menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara tersebut. Saya memandang serius hal ini memandangkan sekarang sudah jadi satu bala bagi negara, negara akan lemah apabila didiami oleh masyarakat yg kurang imannya kerana seseorang itu tidak benar-benar beriman melainkan mampu menundukkan hawa nafsu ke jalan agama. Ini bertepatan dengan hadis:

عن أبي محمد عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله : (( لا
یؤمن أحدآم حتى یكون هواه تبعا لما جئت به )) حدیث حسن صحيح رویناه في آتاب
الحجة بإسناد صحيح.

Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah ( Nama penuh Kitab al-Hujjah di sini
ialah ( الحجة على تارآي سلوك طریق المحجة ) karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-
Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah.)dengan sanad yang
baik.
Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang
aku bawa.

Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menerangkan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawa nafsunya tunduk dan
menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya dia
mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal
kebajikan, maka lmannya tidak sempurna.
(2) Ungkapan 'tidak benar-benar beriman' bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau
tempang, bukan bererti dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh kufur apabila dia menafikan atau menolak
mana-mana ajaran lslam.
(3) Mujahadah hawa nafsu adalah mujahadah yang berat yang tidak tertanggung kecuali oleh orang
yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan RasulNya.

Daripada hadis ini,jelaslah menundukkan hawa nafsu itu adalah tuntutan iman. Bukan saya nk menyalahkan golongan muda yg berpasangan tetapi mereka harus faham konsep agama dan badan-badan agama perlu menerangkan hal ini kepada masyarakat. Bukan mudah nak pupuk iman ni kalau xde usaha yg bersungguh2 tetapi kenalah kdg2 tu muhasabah diri sendiri,biar menangis mengenang dosa sendiri,xpe..kerana Allah tu faham akan hamba-Nya. Selain tu, bukan 'couple' sahaja, malah byk lg seperti boros berbelanja, nak hidup mewah..itu semuanya hawa nafsu termasuk nafsu makan. Benda ni semua kalau nk faham betul2 kne tgk cara nabi kerana beliau adalah idola yg terbaik buat kita semua.



Janganlah diturutkan hawa nafsu yg melampau2 yg luar dr batasan agama kerana takut terjatuh ke dalam golongan orang yg tidak beriman. Apa salahnya menundukkan hawa nafsu kerana itu juga dikira jihad, bukan berperang memerangi musuh sahaja malah memerangi hawa nafsu pun dikira jihad disisi Allah..cintai Allah cintai Rasulullah, mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah..sekian.

Tuesday, August 3, 2010

Pemuda dan remaja islam hebat



Gambar di atas saya ‘snap’ masa tengah seronok melayan karenah anak buah bermain air di tepi pantai. Rasanya telah berlaku 3 bulan yang lalu. Masa tu waktu cuti sekolah dan ramai pelancong temapatan yg dtg utk berkelah bersama keluarga dan tidak lupa juga pada warga kampung yg tidak terlepas peluang berniaga makanan demi utk mencari rezeki. Tetapi yg tidak meyenangkan mata melihat ialah sekumpulan ‘mat-mat rempit’ kampung yg seakan tidak pedulikan org disitu dengan gelagat mereka serta aksi bodoh mereka ditambah dgn bunyi enjin motor yg terlalu bingit disitu kononnya hendak mencari publisiti murahan. Ramai org disitu yg ‘tension’ sehingga salah seorg drpd mereka membuat laporan polis berhubung gangguan awam itu. Yang lebih menyedihkan saya apabila melihat remaja-remaja yg masih bersekolah pun turut serta, dah la motor yg mereka gunakan itu motor mak ayah seolah-olah hati saya tertanya di manakah tanggungjawab mak ayah mereka disaat anak mereka sibuk berlumba dijalanan..

Tajuk yg saya nk kupas pd kali ini berkenaan remaja dan pemuda hebat. Saban hari kita tgk makin kurang nilai-nilai pemuda dan remaja islam dalam masyarakat kita hari ini. Kita seolah terjerat dengan budaya barat sampaikan perkara yg diluar normal seorg manusia pun tergamak pemuda-pemuda kita lakukan yakni ‘gay’, astagfirullah. Sudah cukupkah nilai merdeka yg british bg pd kita? Dimanakah letaknya sinar islam disaat masyarakat kita dilanda tsunami sosial yg melampau? Tepuk dada Tanya iman,buka minda dan buka hati.

Dalam masyrakat bahkan Negara, pemuda itu penting kerana merekalah yg akan mencorakkan Negara pada masa akan dtg. Sebab itu setiap pemuda harus mendidik diri serta mencontohi pemuda zaman rasulullah yg sama-sama mengembleng tenaga dalam membangunkan ummah. Sebagai contoh kita ambil seorang pemuda zaman rasulullah yg bernama Abdullah ibn Umar, atau Ibnu Umar yg usianya saat itu memasuki 15 tahun telah mendaftarkan diri utk berjihad bersama Rasulullah saw. Penyertaannya dalam pelbagai medan jihad tidak pernah lepas dalam sejarah hidup pemuda itu. Saat perang membuka kota Mekah (Futuh Mekah), dia berusia 20 tahun dan termasuk pemuda yang menonjol di medan perang. masyaAllah, inilah pemuda yg perlu kita jadikan ikon.

Merungkap topik pemuda hebat, cirri-cirinya ialah seorang pemuda hebat perlulah mempunyai keimanan yg teguh kepada Allah dimana dia dapat melawan hawa nafsu serta patuh pd perintah Allah. Hari ini kita tgk remaja dan pemuda kita sibuk dengan hiburan yg melalaikan hingga timbulnya berbagai maksiat hingga lahirnya generasi diluar nikah,lebih parah lg hinggakan ada yg sanggup murtad. Kerajaan, rakyat dan siapa saja perlu memandang serius hal ini, konsert-konsert serta serta ‘gig’ harus disekat bagi menjaga para pemuda kita.

Selain itu, seorang pemuda yg hebat juga perlu mempunyai sahsiah yg tinggi seiring dengan ilmu pengetahuan yg luas. Pemuda perlu ada rasa ingin tahu kepada perkara-perkara yg ilmiah bukan kepada perkara-perkara hiburan. Sekarang ini apa yg dapat kita lihat hanya pendidikan sahaja yg tinggi tetapi sahsiahnya rendah. Pendidikan sahaja tidak mencukupi utk menjamin akhlak pemuda sebaliknya pemuda harus sedar dgn agenda-agenda barat, konspirasi-konspirasi dunia dan perlu ada keinginan dalam diri remaja atau pemuda utk belajar agama dan mengenal Allah, itu yg penting.



Di Negara kita sendiri sekarang ini, sudah ada ikon alternatif yg boleh dijadikan contoh seperti imam muda asyraf dn imam muda hizbur dr program imam muda. Dilihat dari segi sahsiah dan pendidikan mereka ini, menampakkan mereka adalah pemuda yg hebat dgn hujahnya yg kuat disokong dgn dalil, serta latar belakang pendidikan mereka, ada yg dr university al-azhar, ada yg dr madrasah pondok seperti imam muda azhar dan sebagainya. Rasanya program seperti ini harus disokong dan diteruskan utk masa-masa akan dtg. Rasanya cukup dlu setakat ini, marilah sama-sama kita membentuk ummah yg gemilang dalam konteks selaras dengan kemajuan teknologi dunia. Ini juga utk diri saya sendiri agar dpt memperbaiki kesilapan-kesilapan masa silam..wallahualam.